Wednesday 26 December 2012

Qalb | Pengubat Hati

Assalamualaikum para pembaca !!!
Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang utk bertaubat....
Hari ini ana nk berkongsi sedikit mengenai 5 pengubat kalbu.... Seorang alim pernah berkata bahawa ubat hati itu ada 5 perkara...

1. Membaca al Quran dan maknanya:
Al Quran merupakan kitab yg diturunkan kpd umat Muhammad SAW shj... Allah juga pernah berfirman supaya kita memikirkan inti pati Al Quran.
"Maka mengapakah mereka tidak mau mentadabburi al-Qur’an? Apakah karena hati mereka terkunci mati?"
(Muhammad 47:24)
Cukuplah bertahun kita membaca Al Quran...Kini masa untuk kita memahami ilmu yg tersurat dan tersirat dalamnya.

2. Menunaikan solat malam:
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud)." - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no: 1163.
Solat 5 waktu memang sudah wajib...tapi apa salahnya dgn menyibukkan diri kita dgn solat sunat pada waktu malam?

3. Berkumpul dengan orang soleh:
Firman Allah ta'ala dalam Quran:
"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap redha-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharpkan perhiasan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas." (Al Kahfi 18:28)
Ayat ini merupakan perintah utk kita supaya selalu berdamping dgn org2 soleh agar x terpesong dari jalan yg lurus....

4. Selalu berpuasa:
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan bahawa; "Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis."
(Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan sohih)
Demikianlah hadis mengenai puasa sunat Isnin dan Khamis.

5. Sentiasa berzikir:
Firman Allah ta'ala dlm surah Ar Ra'd:
"(Iaitu) orang2 yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram." (Ar Ra'd 13:28)
Demikianlah janji Allah utk kurniakan ketenangan hati kpd hambaNya yg sentiasa berzikir.....

Sentiasalah mengubat hati kita yg penuh dgn tompok2 hitam... sesungguhnya hati ini seketul daging yg mengawal perbuatan kita sama ada baik atau sebaliknya....Kalu x mampu tuk buat semua, buatlah salah satu drpdnya (dgn ikhlas)...Nescaya Allah redhai... Ameen.
Wallahu'alam.


Sunday 16 December 2012

Dunia | Sepohon Yang Rendang

Assalamualaikum......
Alhamdulilllah kerana kita masih lagi hidup di atas muka bumi Allah ini......
Ana tertarik untuk mengutarakan tajuk yang kita sering leka mengenainya, iaitu mengenai dunia yang sementara ini. Seperti yang kita lihat.. ramai sangat orang yang mengejar dunia seperti dahagakan pangkat, harta, publisiti dan sebagainya. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa di akhirat kelak, mereka semua sama, bererti semuanya hamba kepada Allah. Yang membezakan mereka di akhirat ialah tahap ketaqwaan masing-masing kepada Allah. Buat apa mengejar duniawi yang sementara, sedangkan Allah janjikan pengakhiran yang kekal dan penuh nikmat buat mereka yang bertaqwa. Allah berfirman:
"Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya." (Ad-Dhuha 93:4)
Demikianlah ayat Al Quran yang begitu jelas menjanjikan akhirat jauh lebih baik daripada dunia ini. Dalam tafsir Ibnu Kathir mencatatkan sebuah hadis:
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa 'Abdullah bin Mas'ud berkata, "Rasulullah berbaring atas jerami dan meninggalkan kesan pada sisi baginda. Kemudian baginda bangkit lalu menggosok bahagian tepinya. Kemudian aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah engkau akan membenarkan aku meletakkan sesuatu yang lembut di atas jerami tersebut? Baginda menjawab, "Aku tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dunia ini. Aku dengan dunia ini diibaratkan seorang penunggang kuda yang berehat dibawah sepohon yang rendang, kemudian dia pergi berlalu meninggalkan pohon itu." (Ahmad 1:391)

Hadis ini merupakan huraian tafsir kepada ayat 4 surah Ad Dhuha tadi. Ini menunjukkan betapa sekejapnya kita hidup dan memperhambakan diri kita kepada Allah swt di dunia ni sebelum hidup sekali lagi di akhirat yang kekal abadi. Walaupun kita melihat dunia ini seolah-olah medan yang penuh dengan nikmat seperti emas, haiwan ternakan, kehidupan yang mewah dan sebagainya, namun Rasulullah menggambarkan dunia ini kosong dan tidak ada nilainya untuk dibandingkan dengan syurga yang melimpah ruah nikmatnya yang tidak ada pengakhiran.

Namun, ramai umat Islam dan juga yang lain telah terpedaya dengan kecantikan dunia Allah yang kita lihat ini. Mereka tidak memperhambakan diri kepada Allah kerana mereka tidak yakin akan balasan syurga yang Allah janjikan. Keyakinan mereka telah dipudar oleh nikmat (dunia) yang mereka lihat sekarang ini. Mereka seolah-olah tidak beriman akan balasan baik dan buruk. Mereka seakan-akan tidak percaya akan kewujudan syurga dan neraka. Mereka hanya percaya apa yang mereka lihat. Mereka tidak percaya apa yang mereka dengar mahupun baca. Ana beri satu contoh:

Seorang pekerja bekerja keras siang malam dan patuh kepada bosnya kerana dia yakin pada hujung bulan, dia akan mendapat gaji yang bosnya telah janjikan. Malah ganjarannya pula begitu jelas bentuknya dan 'direct' seperti wang yang akan habis lambat laun. Dia begitu yakin bahawa bosnya akan memberi upah kepadanya setelah bekerja keras. Begitu juga kita sebagai hamba. Kita wajib yakin bahawa amalan ibadah yang ikhlas akan dibalas dengan nikmat yang kekal abadi di akhir hidup kita sebelum dihidupkan semula buat selama-lamanya. Demikianlah juga contoh bahawa manusia masih lagi meninggalkan nikmat abadi demi ganjaran sementara akibat keimanan yang goyah. Mereka ragu-ragu akan kata-kata Allah.

Kesimpulan:
Wahai muslimin muslimat, mantapkan iman dan keyakinan kita kepada janji-janji Allah agar mudah bertaqwa kepadaNya dan seterusnya mencapai cita-cita yang teragung iaitu menjadi ahli syurga Allah. Sekian. Wallahu'alam.

Sunday 25 November 2012

Mazmumah | Pengumpat...

Assalamualaikum....
Kesilapan atau keterlanjuran terhadap manusia sekeliling merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, bak kata orang "setiap manusia tidak akan lari daripada kesilapan".

Terdapat sesetengah manusia yang sangat sensitif akan menganggap perkara yg kecil seperti mencubit sedikit sebagai suatu perkara yang besar seperti menumbuk di muka. Kemudian dia akan mula mencari kawan untuk diceritakan segala kesalahan orang yang mencubit ini. Kawan yang diceritakan itu seterusnya mendengar segala umpatan tersebut dan dipanjangkan berjela-jela dengan membangkit peristiwa yang telah lama berlaku dahulu. Begitulah situasi yang sering berlaku di sekolah lebih2 lagi di sekolah asrama. Selesai dengan situasi pengumpat, mari kita lihat dalil Al Quran:

"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela."
(Al-Humazah 104:1)

Dalam ayat diatas menunjukkan betapa Dia sangat benci akan orang yang mengumpat. Mari kita ingat semula peristiwa Isra' Mi'raj yang menceritakan balasan pengumpat:

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas,Rasulullah S.A.W bersabda:


"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."


Meruntuhkan Ukhwah Islamiyah

Seperti yang kita tahu bahawa pengumpat akan sentiasa mencari kesalahan kawannya sendiri atas dasar tidak puas hati atas sikapnya etc. Perkara ini akan membuatkan kawannya yang lain juga berpendapat sama seperti si pengumpat dan membesarkan kroninya. Kemudian, mereka akan memulau orang yang diumpat ini. Kesannya? Runtuh binasalah ukhwah antara mereka... Ada hadis?


Rasulullah S.A.W bersabda:
"Setiap Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya,haram hartanya,dan haram kehormatannya."
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
"Janganlah kamu sekelian dengki-mendengki,janganlah benci-membenci,janganlah menambah harga terhadap barang yang hendak dibeli oleh saudaramu,janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengah kamu dengan setengah yang lain,dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."

Nak diceritakan di sini bahawa besarnya peranan seorang yang suka mengumpat mampu memecah belahkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Macam mana nak lawan musuh orang islam iaitu syaitan dan yahudi la'natullah kalau 'civil war' tercetus dalam kalangan umat Islam? 

Tegur Bukannya Umpat

Orang mengumpat untuk menceritakan kesalahan seorang kawannya kepada kawannya yang lain. Kononnya, mereka ingin menceritakan supaya dapat mengubah kawannya yang diumpat, tapi sebenarnya tidak. Malah orang yang diumpat terasa malu dan sakit hati, bukannya terasa untuk berubah. 

Apabila ada seseorang yang melakukan kesalahan, kita perlu menegurnya dengan berhikmah, bukannya mengumpat pasalnya. Dalil Allah:

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(al-Nahl 16:125).

Tegur dengan hikmah banyak caranya, iaitu tegur secara personal, bagi dalil yang melarang perkara ini, marah bila perlu ataupun hanya menunjukkan akhlak yg baik seperti membalas kejahatan dengan kebaikan:

"Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan (cara) yang lebih baik, Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan (kepada Allah)."
(Al Mu'minun 23:96)

Kesimpulannya, janganlah mengumpat kerana perbuatan itu sangat dimurkai Allah dan akan meruntuhkan ukhwah sesama islam, sebaliknya sentiasa membetulkan diri kita dan juga menegur kawan yang melakukan kesilapan dengan cara yang betul. Hadis terakhir:

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Rujukan: http://menujubidadarisyurga.blogspot.com/2011/03/dalil-dari-al-quran-dan-hadis-mengenai.html
http://komuniti.iluvislam.com/topic/26229-hikmah-dalam-memberi-teguran-bagaimanakah-caranya/
http://www.freewebs.com/pendidikanislam2/hadis.htm

Friday 2 November 2012

Akhirat | Remaja Bertaqwa

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kita masih dapat bernafas dan menghirup udara yang segar ini. Kali ini ana nak sambung perbincangan mengenai golongan kedua daripada tujuh golongan yang dinaungi Allah di akhirat kelak iaitu golongan REMAJA BERTAQWA. Apa yang dimaksudkan dengan remaja? Remaja ialah golongan muda dalam lingkungan umur 12 tahun hingga 18. Bagaimanakah fitrah remaja? Seperti yang kita semua tahu bahawa zaman remaja merupakan zaman keemasan di mana mereka akan menggunakan kebanyakan masa untuk berhibur dan mencuba perkara atau aktiviti baharu. Remaja juga mempunyai nafsu yang membuak-buak serta ego yang tinggi menggunung. Oleh sebab itu, dosa seorang remaja lebih kecil daripada dosa seorang atok tua. Itulah kelebihan orang remaja. Waktu remaja inilah mereka akan membina ego , berlagak macho, ingin bercouple dan ingin rasa dihormati. Selesai dengan muqaddimah.

Kita bergerak kepada isu. Apakah yang dikatakan remaja bertaqwa? Remaja bertaqwa ialah remaja yang menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Seperti yang kita tahu bahawa kebanyakan perkara yang igin dicuba oleh remaja melanggar hukum Allah seperti bercouple, merokok dan berhibur berlebihan. Kes-kes sebegini lah yang sering kita dengar di sekolah. Remaja yang dikatakan Rasulullah ini ialah remaja yang berjaya mengawal hawa nafsu mereka daripada melakukan perkara yang dilarang Allah. Mereka inilah yang hidup dalam ketenangan tanpa ikhtilat malah berdakwah kepada rakan-rakannya. Tetapi, golongan sebegini juga diuji oleh Allah dalam bentuk dibenci ataupun dipinggirkan oleh masyarakat sekeliling.
Rasulullah pernah bersabda: "Beruntunglah golongan yang asing". Hadis ini bermaksud janganlah antum bersedih jika antum dibenci kerana membuat perkara yang betul kerana syurga menanti antum di akhirat kelak.

Terdapat sebuah kisah mengenai dua orang remaja yang mempunyai semangat jihad yang tinggi...

Ketika di medan Perang Badar, Abdurrahman bin Auf didatangi dua orang remaja dari kaum Anshar, iaitu Muaz bin Amr Al-Jamuh dan Muawwiz bin Afra. Masing-masing berumur 14 tahun dan 13 tahun. Kedua duanya datang memikul sebilah pedang. Kedua-dua remaja tersebut datang menemui sahabat besar Rasulullah ini semata-mata untuk memberitahu niat mereka untuk membunuh Abu Jahal.


Dalam keadaan hiruk-pikuk pertempuran, Abdurrahman bin Auf berteriak, “Wahai anak, kamu masih terlalu muda untuk terlibat di peperangan ini, sebaiknya engkau menjauhkan diri dari tempat ini”.

Namun, kedua-dua belia tersebut tidak berganjak malah membalas kata-kata Abdurrahman bin Auf,

“Kami mendapat izin daripada ibu dan ayah kami bagi menyertai pasukan Muhammad,” teriak Muaz.

“Saya datang ke sini hanya untuk membunuh Abu Jahal. Tunjukkan dimana dia?” Kata Muawwiz dengan penuh semangat.

Pada mulanya Abdurrahman bin Auf tidak menghiraukan kata-kata dua remaja tersebut, tetapi Muaz dan Muawwiz terus mendesaknya supaya menunjukkan di mana Abu Jahal dan bagaimana wajahnya. Melihat kesungguhan mereka, Abdurrahman bin Auf terpaksa akur.

“Saya akan tunjukkan kepada kamu di mana Abu Jahal, tetapi boleh tahu apa yang akan kamu lakukan apabila berjumpa dengannya? tanya Abdurrahman bin Auf.

“Ibu saya berpesan jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya,” jawab Muaz bersungguh sungguh.

“Abu Jahal menghina serta menyakiti Rasulullah, saya ingin membunuhnya,” sambung Muawwiz pula.

Abdurrahman bin Auf tersenyum mendengar kata-kata dari dua orang remaja yang berani itu. Dia berjanji akan menunjukkan Abu Jahal apabila berjumpa.


Tiba tiba seorang tentara Quraisy menyerang Abdurrahman bin Auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz yang melihat kejadian itu segera bertindak melindunginya. Muaz dengan cepat menebas kaki tentara Quraisy tersebut sehingga menyebabkan dia tersungkur. Muawwaiz pula bertindak menikamnya hingga mati. Melihat insident tersebut, timbul rasa kagum di hati Abdurrahman bin Auf terhadap dua remaja tersebut.

“Tunjukkan kepada kami di mana Abu Jahal,” kata Muaz seolah-olah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan ketua pasukan Quraisy itu.


Tiba tiba Abdurrahman bin Auf melihat Abu Jahal sedang berada di bawah sepohon kayu yang agak rendang. Musuh Allah dan Rasul itu menunggang kuda sambil berteriak memberi kata kata semangat kepada pasukannya agar terus berjuang.

“Itulah lelaki yang kamu cari. Tetapi kamu haruslah berhati-hati kerana dia juga seorang pahlawan Quraisy”, kata Abdurrahman bin Auf.

“Terima kasih pakcik. Saya akan dapatkan dia sekarang,” ujar Muaz sambil berlari ke arah Abu Jahal.

“Saya akan membantunya membunuh lelaki yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu,” kata Muawwiz juga.

“Berhati-hati kerana dia dilindungi oleh pasukan Quraisy,” pesan Abdurrahman bin Auf. Dia sendiri tidak dapat membantu kerana sedang berhadapan dengan pulushan tentara Quraisy yang menyerangnya.


Muaz dan Muawwiz terus berlari ke arah Abu Jahal yang masih berada di atas kudanya, mereka berlari tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Ketika itu, Abu Jahal tidak menyedari akan kedatangan dua remaja tersebut. Muaz tiba terlebih dahulu namun dia tidak dapat menebas kaki Abu Jahal. Maka, Muaz bertindak menebas kaki kanan kuda yang dinaiki Abu Jahal sehingga menyebabkan kuda tunggangan Abu Jahal jatuh tersungkur.

Abu Jahal turut sama tersungkur ke tanah. Dalam keadaan penuh amarah, Abu Jahal mencuba untuk bingkas bangun tetapi sepantas kilat Muaz menebas kaki kanan Abu Jahal sehingga putus. Muawwiz menyusul lalu memukul kepala Abu Jahal sehingga lemah longlai........
sumber: http://takusahrisau.wordpress.com/2012/05/21/kisah-dua-belia-yang-membunuh-abu-jahal-semasa-perang-badar/

Begitulah cerita bagaimana Abu Jahal tersungkur dalam genggaman tangan dua orang remaja di medan perang Badar....

Kesimpulannya, jika kita (remaja) mengambil peluang masa remaja ini untuk bertaqwa sepenuhnya kepada Allah, kita tidak akan tergolong dalam golongan orang2 yang rugi malah lebih beruntung kerana telah dijamin akan dinaungi Allah di akhirat kelak. Gunakanlah waktu remaja ini sebaik mungkin. Jangan tunggu dewasa dan berkeluarga untuk mula bertaqwa kepada Allah kerana malaikat Izrail (malaikat pencabut nyawa) boleh menjemput kita bila2 masa....

Wallahu'alam.





Wednesday 24 October 2012

Akhirat | Pemimpin Yang Adil

Presiden Mesir: Dr. Mursi
Assalamualaikum ana tujukan kepada pembaca sekalian. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah dah beritahu bahawa ada 7 golongan yang mendapat naungan Allah pada hari akhirat. Dalam warkah ini ana berminat untuk menghurai golongan 1 iaitu pemimpin yang adil.
Ana pasti semua tahu maksud pemimpin iaitu orang yang mengepalai sesebuah pentadbiran atau organisasi. Seorang pemimpin yang beragama Islam diwajibkan untuk memimpin berlandaskan Al Quran dan Hadis. Besarlah dosa pemimpin tersebut jika memimpin di luar landasan Islam. Apa kaitan Islam dengan adil(dalam hadis)?

Islam ialah agama yang mengikut fitrah manusia, Islam juga sebuah agama yang adil. Adil ialah memberi hak kepada orang yang berhak menerimanya. Contohnya, hukum hudud ialah hukuman yang setimpal dikenakan kepada pesalah mengikut kategori kesalahannya. Sama juga seperti pemerintahan yang dijalankan oleh Rasulullah sewaktu di Madinah. Dalam pentadbiran di Madinah orang Islam mendapat hak yang lebih berbanding orang kafir. Ini berlaku kerana orang Islam di Madinah mendapat kelebihan sebagai seorang Islam di bawah pentadbiran Islam.

Selesai dengan definisi. Mari kita menganalisis pentadbiran di Malaysia. Malaysia di pimpin oleh orang Islam. Adakah mereka menjalankan pentadbiran Islam? Anda sendiri tahu jawapannya iaitu tidak. Kenapa? Seperti yang kita lihat bahawa hukum hudud masih tidak dijalankan. Hak diberi mengikut bangsa bukannya agama. Sekularisme berleluasa. Terdapat golongan yang ditindas dan terdapat rasuah dalam parlimen. Penipuan dalam pilihan raya. Adakah ini negara Islam? Walaupun Islam sebagai agama rasmi, pentadbiran perlu juga 'diislamkan' bukannya memisahkan pentadbiran dan masjid. 
Cukup menganalisis negara kini kita lihat dunia. Ana tertarik untuk berbincang mengenai Syria yang pernah dipimpin oleh Hafez Al Asad dan sekarang dipimpin oleh anaknya, Bashar Al Asad. Berdasarkan buku 'Air Mata Syria' karya Riduan Mohamad Nor, M. Abdul Malik Abdul Karim dan Ahmad Ulwan Hassim, Syria lebih dahsyat berbanding Gaza apabila rakyat Syria dibunuh secara kejam oleh pemimpin Syia Nusairiyah. Pembunuhan rakyat tak bersalah telah bermula sejak 19 iaitu selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Syria telah ditinggalkan oleh Perancis di bawah pimpinan Hafez Al Asad sejak tahun 1970 sehingga hari ini. Hafez diberi kuasa untuk memilih ahli Parlimen, hakim, Ketua Majlis Tertinggi dan sebagainya sesuka hati. Hafez telah memilih hampir semua ahli-ahli pentadbiran berakidah Syiah Nusairiyah. Terdapat banyak peristiwa pembunuhan seperti di Hama yang melibatkan kanak-kanak, gadis, wanita serta bayi yang tidak bersalah. Ada yang dikelar, disembelih (bayi), dibakar rumah (ulama') dan juga ditembak secara rambang di tempat awam. Motif mereka membunuh adalah untuk menentang kebangkitan Ikhwan Muslimin atau Sunni (Ahl Sunnah Wal Jamaah).

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Dia sengaja melambatkan balasan kepada mereka hngga ke suatu hari yang terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)."

(Surah Ibrahim : Ayat 42)

Kesimpulannya, kepada generasi akan datang, ana mengajak kepada antum untuk sama-sama kita menegakkan syiar Islam dengan penuh kesabaran seperti Ikhwan Muslimin yang telah berjuang berpuluh-puluh tahun sehingga Mursi naik sebagai Presiden Mesir. Jangan biarkan kuasa dan harta mengaburi mata antum sehingga meninggalkan syiar Islam. Jikalau antum inginkan naungan Allah di akhirat, maka jadilah pemimpin yang adil. Wallahua'lam.


Saturday 28 July 2012

Sirah | 14 wasiat Sultan Muhammad Al Fateh

Masih lagi terngiang ngiang dalam ingatan ana apabila ana telah tiba di makam Sultan Muhammad Al Fateh yang terletak di belakang masjid Al Fateh, terdapat lambang Uthmaniyyah yang berwarna hijau dan terdapat juga serban yang dikatakan digulung daripada kain kafan terletak diatas makam baginda. Tidak silap ana, baginda menggunakan kain kafan sebagai serban adalah untuk mengingatkan baginda tentang mati. Sesungguhnya baginda memang seorang pemimpin yang bijak. Sabda Rasulullah semasa menggali parit dalam perang khandak: "Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja, tenteranya adalah sebaik baik tentera." (Riwayat Ahmad)

 Siapakah raja yang dimaksudkan baginda? Tidak asing lagi ialah Sultan Muhammad Al Fateh. Baginda merupakan sultan ke 7 dalam empayar uthmaniyyah dan merupakan pemimpin yang telah membuka kota Constantinople pada umur 21. Semasa baginda terlantar nazak, baginda telah mewasiatkan beberapa perkara kepada puteranya iaitu:

 1. Jadilah seorang pemimpin yang adil, soleh dan penyayang.

2. Rentangkan perlindungan untuk rakyat kamu tanpa ada pilih kasih.

3. Bekerjalah demi menyebarkan ajaran islam kerana ini merupakan kewajipan seorang khalifah di muka bumi.

 4. Dahulukan urusan agama melebihi daripada urusan lain. Jangan kamu bersifat lemah dan memperlekehkan usaha menegakkan agama.

 5. Jangan kamu melantik pegawai yang tidak mengambil berat urusan agama dan tidak menjauhkan diri daripada dosa besar serta tenggelam dengan perlakuan keji.

6. Hindarilah bidaah yang menyesatkan dan orang yang mengajak kamu kepadanya.

7. Luaskan negara dengan jihad.

8. Jagalah harta baitulmal, jangan sampai membazir dengan membelanjakannya.

9. Jangan sekali-kali tanganmu mengambil harta rakyatmu kecuali yang sesuai dengan syariat Islam.

10. Pastikan mereka yang lemah mendapat jaminan kekuatan daripadamu serta berikan penghormatanmu kepada orang yang berhak.

11. Ulama ialah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jika ada seorang ulama di negara lain, ajaklah dia datang ke negara ini dan muliakan mereka dengan mencukupkan keperluannya.

 12. Berhati-hatilah dan jangan sampai kamu tertipu dengan harta bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir dari pintu-pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana agama merupakan tujuan kita, hidayah Allah ialah manhaj hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.

13. Berusahalah menjadikan agama Islam lebih tinggi kedudukannya dan hormatilah ahlinya.

14. Jangan keterlaluan dalam membelanjakan harta kerajaan dan berfoya-foya dengan kemewahan kerana itu akan menjadi punca kejatuhan sesebuah kerajaan.

 (sumber: solusi#45)

Cuba kita bandingkan pemimpin negara kita, adakah mereka mematuhi syariatullah seperti Sultan Muhammad Al Fateh? Wahai pembaca, sesungguhnya generasi kita ini yang akan menegakkan Islam pada suatu hari nanti. Semoga wasiat Sultan Muhammad Al Fateh ini dapat mencetus semangat Jihad kita semua. Insya Allah Wallahualam.

Friday 27 July 2012

Ibadah | Solat mencegah kemungkaran?

Solat sebagai tiang agama hendaklah didirikan dalam keadaan yang sempurna, jika tidak pasti tiang tersebut runtuh bersama-sama silingnya. Apakah yang dikatakan solat yang sempurna?

Solat yang sempurna bermula daripada wudhu' yang sempurna. Wudhu' yang sempurna ialah seperti wudhu' rasulullah s.a.w. Selepas mengambil wudhu' yang sempurna, barulah kita dirikan solat yang sempurna. Solat yang sempurna ialah solat yang cukup rukunnya serta khusyu'. Allah berfirman dalam al Quran: "Beruntunglah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya." (Surah Al Mu'minun 23 : 1-2).

Apakah yang dikatakan solat yang khusyu'?
Solat yang khusyu' ialah kita menumpukan sepenuh perhatian kepada solat dan bacaan dalam solat sehinggga kita melupakan masalah kita dan tertumpu kepada Allah s.w.t.

Allah telah berjanji bahawa hambanya yang mendirikan solat yang sempurna akan mendapat keampunan dosa. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Sebaliknya, solat yang tidak sempurna tidak akan membawa kepada muslim yang baik dan kemungkaran akan terus berlaku.

Thursday 12 July 2012

Syukur | Golongan yang sedikit

"Ya Allah, golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit."
"Golongan yang sedikit inilah golongan yang bersyukur kepada Allah."

Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam warkah ini di mana ana akan berkongsi sedikit ilmu mengenai syukur.
Apa itu syukur?
Syukur ialah berterima kasih. Terdapat pelbagai cara untuk mensyukuri nikmat Allah, antaranya ialah dengan mengucapkan 'Alhamdulillah' yang bermaksud 'Segala puji bagi Allah'. Seperti firman Allah:
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."(Surah Ad-Dhuha 93:11).
Ayat ini bermaksud kita perlulah bersyukur dengan menyebut-nyebut tentang nikmat yang Allah berikan kepada kita. Tetapi, adalah menjadi satu kesalahan apabila kita menyebut-nyebut nikmat yang kita peroleh dengan mengatakan bahawa nikmat itu datang daripada kita sendiri yakni sombong atau riya'. Apabila kita riya', maka kita telah syirik (syirik kecil) kepada Allah. Apabila kita tidak mengaku bahawa nikmat itu datang daripada Allah, kita telah mendapat kemurkaan Allah. Bagaimana rasanya apabila anta mengajar seorang murid lalu murid tersebut tidak mengaku bahawa anta gurunya? Adakah anta rasa tidak dihargai? Kalau ya, bagus sebab kita perlu menghargai setiap pemberian tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Tetapi, apabila seseorang manusia memberikan kita sesuatu, kita wajiblah bersyukur kepada Allah terlebih dahulu. Kita perlulah menyebut nikmat itu datang daripada Allah dan bukannya daripada manusia. Dua nikmat yang sering memperdayakan manusia yang disebutkan oleh Rasulullah ialah nikmat kesihatan dan masa lapang. Manusia sering terlupa untuk bersyukur dengan dua nikmat ini kerana mereka tidak sedari bahawa mereka melakukan segala aktiviti dengan tenaga yang Allah berikan serta mereka terlupa siapa yang memberikan masa lapang kepada mereka. Bak kata orang, "kita tidak akan bersyukur terhadap sesuatu selagi benda itu tidak hilang", samalah seperti sekarang kita masih berdaya membaca blog dan sebagainya, tapi bila kita mula rabun baru hendak teringatkan Allah dan menyesal kerana tidak bersyukur bila kita memperoleh nikmat itu. Alhamdulillah......

Janganlah antum menunggu nyawa antum ditarik baru hendak bersyukur....... kerana pada waktu itu pintu taubat dihentam sekeras-kerasnya. Bersyukurlah selagi mana antum menghirup seinfiniti oksigen ini.......... bersyukurlah tanpa henti, semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit ini........ Insya Allah Wallahu'alam.

Monday 9 July 2012

Sabar | Jangan Bersedih Wahai Kawan

"Apa guna ana duduk sekolah ni tapi tak ada kawan, sering dipulau, dimalukan dan diumpat oleh kawan sebaya? Buat apa ana masuk dalam sesuatu organisasi tetapi ahli organisasi tersebut tidak berpuas hati dengan ana?" Inilah rintihan yang sering didengari oleh kita daripada rakan sebaya. Mula-mula kita lihat apakah sebab mereka tidak berpuas hati dengan kita. Jika mereka tidak berpuas hati dengan kita disebabkan kita melakukan perkara yang betul, itu bukan salah kita tetapi kita harus pandang perkara itu sebagai ujian. Jikalau kita melakukan perkara yang salah ataupun kita tidak pasti, mohonlah petunjuk dan bimbingan daripada Allah dan perbetulkan kesalahan kita.

:"Wahai saudara, jika engkau melakukan perkara yang betul, jgnlah engkau bersedih jika engkau dipinggirkan, janganlah engkau bersedih jika engkau dijadikan bahan umpatan, janganlah engkau bersedih jika engkau diburuk-burukkan atas sebab engkau melakukan perkara yang betul, Allah sentiasa bersama orang yang benar."

Dekat dunia ini, mustahil semua orang akan berpuas hati dengan kita, jadi tidak hairanlah jika orang sentiasa mencuba untuk menjatuhkan golongan yang benar ini. Apa yang kita mampu lakukan hanya bersabar dan sentiasa meminta petunjuk daripada Allah. Di akhirat sana, bukan manusia yang akan menilai kita, tetapi Allah. Di akhirat sana bukan saudara kita yang menentukan nasib kita, tetapi Yang Maha Adil. Ubahlah persepsi antum bahawa kita melakukan sesuatu kerana Allah. Teruskan bersabar kerana Allah bersama orang yang sabar.

"Maka beruntunglah golongan yang asing".
Siapakah golongan asing ini? Golongan inilah golongan baik yang sering dipulau dan dipinggirkan daripada masyarakat serta dianggap pelik. Sebagai contoh, seorang mu'min yang memakai serban dan berjubah di kawasan perumahan masyarakat yang agak cetek ilmu agamanya sentiasa dipandang serong oleh mereka dan diburuk sangkakan dengan beranggapan mu'min tersebut berlagak atau 'bajet alim'. Perkara ini juga berlaku dalam kalangan remaja di IPT mahupun di sekolah. Ingatlah wahai pembaca, kita berbuat sesuatu amal bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Kita tidak perlu mengharapkan pandangan baik daripada masyarakat untuk hidup dalam masyarakat tersebut tetapi kita memerlukan ilmu dan kemantapan akidah serta ketabahan hati untuk menghadapi ujian Allah. Janganlah kita melakukan perkara yang dilarang Allah semata-mata untuk diri kita untuk diterima oleh masyarakat. Biarkanlah penampilan kita dikatakan tidak mengikut fesyen trend sekarang, malah kita mengikut ajaran Islam iaitu sunnah Rasulullah SAW, kerana dengan mengikuti sunnah Insya Allah Rasulullah akan memberi syafa'at di akhirat kelak. Usahlah bimbang jika kita dikatakan asing kerana Rasulullah pernah bersabda: "Islam akan kembali asing."

Wednesday 6 June 2012

Ikhtilat | Harus atau Haram?




"Assalamualaikum, apa khabar, awak?"
"Hai, tengah buat apa, awak?"

Begitulah yang selalu ditaipkan oleh si bujang kepada si dara dalam alam maya. Seperti yang kita tahu bahawa ikhtilat bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ikhtilat bukan saja berlaku di alam realiti, malah ikhtilat juga dibawa ke alam maya. Mengapa mereka suka berikhtilat di alam maya? Mereka merujuk kepada remaja suka berikhtilat di alam maya kerana mereka tidak malu untuk bersembang atau 'chatting' dengan rakan mereka yang berlainan jantina. Malah mereka juga berani meluahkan perasaan kepada yang disukainya. Tujuan utama remaja berikhtilat adalah untuk menghilangkan stres dan menghiburkan nafsu.

Terdapat pendapat ulama' yang mengatakan ikhtilat terbahagi kepada dua iaitu ikhtilat syar'i dan ikhtilat tidak syar'i. Ikhtilat syar'i ialah pergaulan bebas untuk perkara yang penting seperti hal keagamaan dan ikhtilat ini diharuskan. Ikhtilat tidak syar'i pula pergaulan bebas yang berobjektifkan bergurau senda, bertanya khabar, dan mengurat, dan bertegur sapa. Terdapat segelintir ulama' berpendapat ikhtilat tidak syar'i terbehagi kepada dua iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan. Ikhtilat tidak syar'i yang diharuskan ialah bertanyakan khabar dan kesejahteraan keluarga. Ikhtilat tidak syar'i yang diharamkan pula ialah perbualan yang menuju kepada gelak ketawa dan perkara yang remeh temeh dan yang melalaikan. Terdapat juga ulama' berpendapat ikhtilat tidak syar'i haram sama sekali.

Tadi saya memberitahu tentang hukum ikhtilat. Sekarang kita lihat pula kesan ikhtilat. Allah berfirman dalam surah al-isra':
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah al Israa’ [17:32])

Sesungguhnya ikhtilat ialah tunjang kepada penzinaan dan maksiat yang sedang berlaku di dunia akhir zaman iaitu kini. Semuanya bermula dengan berbalas comment dalam laman sosial seperti 'facebook'. Selepas itu bermulalah 'texting message personally' dan 'calling'. Di sinilah apabila perasaan seronok mula menyelubungi diri yang senang terbawa dengan nafsu. Dari situ, bermulalah 'dating' dan sebagainya. Syaitan pula mula mengawal sepenuhnya diri mereka yang dibawa kelalaian duniawi. Dalam ayat yang saya nyatakan awal tadi melarang sama sekali kita mendekati zina. Belum lagi berzina, tapi Allah telah melarang kita melakukan perbuatan sekecil 'messaging' walau dalam 'facebook' sekalipun. Renung renungkanlah wahai saudara saudari, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihatmu dimana jua kamu berada. Sekian wallahualam.

Tuesday 5 June 2012

Tawadhu' | Penawar Kalbu




Assalamualaikum. Topiknya tawadhu'? Bila kita sebut tawadhu' bermaksud merendah hati kepada Allah. Apabila kita rasa diri kita hina, lemah, miskin di mata Allah dan manusia, Insya Allah kita terhindar daripada riya' iaitu syirik kecil. Riya' wujud apabila kita melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk dan merasakan dirinya hebat daripada yang lain. Syirik kecil wujud apabila kita melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Seperti yang kita tahu bahawa syirik ialah dosa yang besar yang tidak diampun oleh Allah. Ana ada satu cerita yang nak dikongsikan:

     Pada suatu pagi yang disinar sang suria. Di dalam kelembapan hutan yang disirami embun jantan, kedinginan udara menghalang burung mencari cacing. Terdapat sebuah binaan utuh lagi sunyi dipagari tembok meninggi yang penuh dengan ranjau dan duri. Bangunan tersebut digunakan sebagai pusat latihan samurai atau lebih dikenali sebagai 'dojo'. Benda bulat yang bercahaya terang atau matahari mula menyinari hutan yang tenang. Hutan yang tenang itu pun berubah apabila bunyi bilahan pedang dan panahan 'arrow' mula mengisi ruangan hutan. Di dalam dojo tersebut, seorang mahaguru samurai sedang melatih anak-anak muridnya menggunakan pedang dan memanah. Tiba-tiba, seorang lelaki yang berbadan sasa datang ke pintu gerbang dojo. Mahaguru tersebut membuka pintu gerbang yang besar lagi berat dengan menggunakan tangannya iaitu secara manual. Lelaki asing itu dijemput masuk ke dalam bilik mahaguru. Mahaguru pun bertanyakan hajatnya ke mari. Lelaki asing itu menjawab dengan yakin bahawa dia datang ke mari untuk mengajak mahaguru samurai yang paling handal berlawan pedang dengannya. Mahaguru dengan bermaruah menyahut cabarannya yang dianggap mudah. Mereka berdua akan berlawan di tempat yang tersembunyi daripada pandangan anak-anak murid yang sedang berlatih. Mahaguru dengan bangganya menghunus pedang Katana iaitu pedang yang paling tajam di dunia. Lelaki asing itu pula menghunus pedangnya yang besar dan berkilat. Mereka pun tunduk hormat (gaya Jepun) lalu memulakan perlawanan. Lelaki asing itu menyerang dahulu dengan pukulan pasak tetapi ditangkis oleh mahaguru. Mahaguru pula menghayunkan pedang Katana ke arah rusuk lelaki asing itu tetapi berjaya dielak. Mahaguru tersebut menjuring pelipat lelaki asing itu lalu rebah ke bumi. Dalam sekelip mata, lelaki asing itu telah dikunci oleh mahaguru serta mengaku kalah. Perlawanan tersebut berakhir. Lelaki asing tersebut mengakui kekuatan dan kehandalan mahaguru tersebut dalam berlawan pedang. Dengan hormatnya, lelaki asing itu pergi meninggalkan dojo. Pada sebelah malam pula, ketika semua murid sedang tidur dengan nyenyak, bunyi geseran pada lantai kayu telah mengejutkan seorang murid. Murid tersebut menuju ke arah bunyi geseran yang menyilukan itu. Kemudian, setelah dia menuju ke arah bunyi itu, dia sedar punca bunyi yang menyilukan itu adalah daripada bilik mahagurunya. Dengan gerunnya, dia mengetuk pintu bilik mahaguru. Dia terkejut melihat mahagurunya sedang memberus lantai biliknya dengan hina dan tanpa henti. Dia bertanya kepada mahagurunya "mengapa tuan memberus lantai tanpa henti?" Mahaguru pun menjawab "saya sedang merendahkan diri saya kerana pagi tadi seorang lelaki yang sasa datang mengajak saya berlawan pedang dengannya dan saya telah mengalahkannya. Saya berasa bangga mengalahkan lelaki tersebut. Saya berbangga dengan kurniaan kekuatan yang saya miliki. Dengan memberus lantai, saya berasa hina dan lemah." Anak murid tersebut kagum dengan sikap mahagurunya yang merendah diri. -TAMAT-
 Renung-renungkanlah dan suburkanlah tawadhu' dalam lubuk kalbu kita yang kecil. Penuhkanlah hati kita dengan tawadhu' kepada Allah dan manusia.

Monday 28 May 2012

Muslih | Bukan sekadar Soleh






        Pada suatu hari, di kawasan petempatan yang penuh dengan dosa dan maksiat terletak di Timur Tengah, terdapat seorang hamba yang sangat soleh. Pada suatu malam, hamba yang soleh tersebut pun berdoa dengan khusyu' serta tawadhu'. Malaikat dengan gembira pon turun ke bumi utk mengangkat doanya. Tiba-tiba Allah dengan tegas melarang malaikat tersebut utk mengangkat doa hamba yg soleh itu. Malaikat kehairanan lalu menanyakan kpd Allah knp Dia bertindak sedemikian. Allah berkata bahawa hamba itu bukannya seorang yg muslih (orang soleh yang mensolehkan orang lain)malah seorang yg tidak menegur silap orang dengan bukti bahawa seluruh kampung melakukan maksiat dan tidak ada peningkatan dlm bilangan mereka yg bertaubat. -tamat- P/s: Kalau salah betulkan.

* Apa gunanya kalau kita seorang muslim yang soleh tapi x berdakwah;
*Apa gunanya kita seorang hamba yang alim tapi x mengajar mereka yg sesat;
*Apa gunanya kita umat islam tapi x menolong agama islam;
#Bangunlah wahai umat Muhammad dan jadilah insan yang bergelar muslih (hamba yg soleh mengajak orang menjadi soleh);
     Allah sendiri berfirman dalam surah Muhammad 47:7 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman,jika engkau menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

 Akhir kata, renung-renungkanlah dan selamat berjihad menegakkan syiar islam. إنشاء الله.

Wednesday 9 May 2012

Su'uzan | Pandangan masyarakat Zaman Sekarang




Pada suatu pagi di kota Istanbul, ana, kakak ana, abang ana dan ummi bersiar-siar melihat keindahan laut Bosphorus yang penuh dengan sejarah perjuangan Sultan Muhammad Al- Fateh. Semasa melintas jalan, kakak ana ternampak seorang wanita tua yang memerlukan pertolongan untuk melintas jalan. Kakak ana terus memimpinnya melintas jalan. Setelah melintas jalan, ana bersangka buruk terhadap kakak ana bahawa dia bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Kemudian, ummi berkata kepadaku bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, selepas sesuatu peperangan, seorang askar musuh sedang tercedara parah. Seorang sahabat nampak, kemudian musuh tersebut mengucap kalimah syahadah lalu dibunuh oleh sahabat tersebut. Rasulullah bertanya kepada sahabat, "Mengapa engkau membunuh dia, wahai sahabat?" lalu dijawab oleh sahabat "Aku membunuhnya kerana dia mengucap kalimah syahadah bukan dengan ikhlas tetapi kerana hendak diselamatkan." Rasulullah pun membalas "Sesungguhnya adakah engkau mampu membelah hatinya dan melihat niatnya?" -Tamat-

Pengajaran: Jangan sesekali memandang orang yang membuat kebaikan itu tidak ikhlas atau berfikiran  bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk (riya').
p/s: Kalau salah betulkan.

 #Mengapakah manusia zaman sekarang memandang orang yang bersedekah sebagai orang yang bajet kaya?
#Mengapakah masyarakat memandang sahabat yang menegur kesalahan sebagai orang yang bajet baik?
#Mengapakah rakan-rakan memandang sahabatnya yang pendiam sebagai orang yang sombong? #Mengapakah mereka yang menangis itu disangkakan bersifat kanak-kanak?
•Mengapa tidak kita menyangka mereka yang sedekah itu sebagai pemurah?
•Mengapa tidak kita menyangka mereka yang menegur kesalahan orang itu sebagai mujahidin? •Mengapa tidak kita menyangka mereka yang diam itu sedang berzikir?
•Mengapa tidak kita menyangka mereka yang menangis itu sedang mendekatkan dirinya kepada Allah?

*Renung-renungkanlah wahai umat Muhammad yakni umat Akhir Zaman.

Monday 7 May 2012

Syiah | Islam atau Kafir?





Syi'ah ialah satu kefahaman yang mengikut Saidina Ali Abi Thalib sehingga taksub kepada baginda. Pengikut Syi'ah menolak ketiga-tiga kepimpinan khalifah iaitu Saidina Umar, Saidina Uthman, dan Saidina Abu Bakar.
Syi'ah ialah kefahaman yang telah ditolak oleh Saidina Ali sendiri dan Ahlul Bait dengan menyatakan mereka kafir.
liran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Syiah

Ahli Syiah akan cuba untuk mengajak ahli sunni mempercayai cerita mereka dan seterusnya menjadi saudara mereka. Mereka boleh didapati membuat usrah atau halaqah. Cerita mereka bermula dengan mengatakan wahyu pertama yang dibawa malaikat Jibrail adalah untuk Saidina Ali tetapi malaikat Jibrail terserempak dengan nabi Muhammad di gua hira' lalu menyampaikan wahyu pertama kepada baginda. Begitulah cerita permulaan mereka tetapi saudara semua janganlah mempercayainya. Apabila saudara mula mendengar cerita begini, cepat-cepatlah beredar daripada usrah/halaqah itu. Kuatkan aqidah agar tidak terpesong daripada jalan yang benar. Insya Allah Wallahu alam.

Ahl sunnah wa al-Jama'ah




Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah (Bahasa Arab:أهل السنة والجماعة) atau lebih sering disingkat Ahlul-Sunnah (Bahasa Arab: أهل السنة) atau Sunni. Ahlussunnah adalah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Sunah_Waljamaah

Sekularisme | Malaysia Sekular?







Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.
Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. (Lihat juga Pengasingan gereja dan negara dan Laïcité.) Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.[1]

-source, http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme- Bila kita cakap pasal Malaysia..... Masyarakatnya Islam tapi knp masih ada gejala sosial? Solat jumaat penuh satu masjid tapi pembuangan bayi lagi banyak memenuhi longkang. Hmmmm...... Pelbagai kata-kata orang : "Sikit-sikit nak kaitkan dengan agama, bajet alim lah" "Payah lah cakap ngan orang ni, sikit2 quran lah hadis lah" Istighfarlah. Kalau nak dikatakan masyarakat zaman sekarang begitulah 'mind set'nya. Org yg cuba mengelakkan sekular ini memang selalu di'stigmatize' masyarakat. Dunia sekolah kita pon dilanda sekular..... Cuba tengok buku teka kimia, biologi, fizik, ada tak rujukan Al-Quran? Tak adakan... Itulah sekecil-kecil sekular yg kita alami tanpa disedari. Berdasarkan masyarakat Malaysia pon kita boleh tahu bahawa negara kita mengalami sekularisme seperti Turki yg disekularkan oleh Mustafa Kamal Ataturk. Malaysia pula disekularkan oleh......(tau tau jelah) Kesimpulan: Kuatkan iman dan mencegah sekular daripada mind set kita dahulu.
Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates