Sunday 16 December 2012

Dunia | Sepohon Yang Rendang

Assalamualaikum......
Alhamdulilllah kerana kita masih lagi hidup di atas muka bumi Allah ini......
Ana tertarik untuk mengutarakan tajuk yang kita sering leka mengenainya, iaitu mengenai dunia yang sementara ini. Seperti yang kita lihat.. ramai sangat orang yang mengejar dunia seperti dahagakan pangkat, harta, publisiti dan sebagainya. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa di akhirat kelak, mereka semua sama, bererti semuanya hamba kepada Allah. Yang membezakan mereka di akhirat ialah tahap ketaqwaan masing-masing kepada Allah. Buat apa mengejar duniawi yang sementara, sedangkan Allah janjikan pengakhiran yang kekal dan penuh nikmat buat mereka yang bertaqwa. Allah berfirman:
"Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya." (Ad-Dhuha 93:4)
Demikianlah ayat Al Quran yang begitu jelas menjanjikan akhirat jauh lebih baik daripada dunia ini. Dalam tafsir Ibnu Kathir mencatatkan sebuah hadis:
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa 'Abdullah bin Mas'ud berkata, "Rasulullah berbaring atas jerami dan meninggalkan kesan pada sisi baginda. Kemudian baginda bangkit lalu menggosok bahagian tepinya. Kemudian aku berkata, "Wahai Rasulullah! Adakah engkau akan membenarkan aku meletakkan sesuatu yang lembut di atas jerami tersebut? Baginda menjawab, "Aku tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan dunia ini. Aku dengan dunia ini diibaratkan seorang penunggang kuda yang berehat dibawah sepohon yang rendang, kemudian dia pergi berlalu meninggalkan pohon itu." (Ahmad 1:391)

Hadis ini merupakan huraian tafsir kepada ayat 4 surah Ad Dhuha tadi. Ini menunjukkan betapa sekejapnya kita hidup dan memperhambakan diri kita kepada Allah swt di dunia ni sebelum hidup sekali lagi di akhirat yang kekal abadi. Walaupun kita melihat dunia ini seolah-olah medan yang penuh dengan nikmat seperti emas, haiwan ternakan, kehidupan yang mewah dan sebagainya, namun Rasulullah menggambarkan dunia ini kosong dan tidak ada nilainya untuk dibandingkan dengan syurga yang melimpah ruah nikmatnya yang tidak ada pengakhiran.

Namun, ramai umat Islam dan juga yang lain telah terpedaya dengan kecantikan dunia Allah yang kita lihat ini. Mereka tidak memperhambakan diri kepada Allah kerana mereka tidak yakin akan balasan syurga yang Allah janjikan. Keyakinan mereka telah dipudar oleh nikmat (dunia) yang mereka lihat sekarang ini. Mereka seolah-olah tidak beriman akan balasan baik dan buruk. Mereka seakan-akan tidak percaya akan kewujudan syurga dan neraka. Mereka hanya percaya apa yang mereka lihat. Mereka tidak percaya apa yang mereka dengar mahupun baca. Ana beri satu contoh:

Seorang pekerja bekerja keras siang malam dan patuh kepada bosnya kerana dia yakin pada hujung bulan, dia akan mendapat gaji yang bosnya telah janjikan. Malah ganjarannya pula begitu jelas bentuknya dan 'direct' seperti wang yang akan habis lambat laun. Dia begitu yakin bahawa bosnya akan memberi upah kepadanya setelah bekerja keras. Begitu juga kita sebagai hamba. Kita wajib yakin bahawa amalan ibadah yang ikhlas akan dibalas dengan nikmat yang kekal abadi di akhir hidup kita sebelum dihidupkan semula buat selama-lamanya. Demikianlah juga contoh bahawa manusia masih lagi meninggalkan nikmat abadi demi ganjaran sementara akibat keimanan yang goyah. Mereka ragu-ragu akan kata-kata Allah.

Kesimpulan:
Wahai muslimin muslimat, mantapkan iman dan keyakinan kita kepada janji-janji Allah agar mudah bertaqwa kepadaNya dan seterusnya mencapai cita-cita yang teragung iaitu menjadi ahli syurga Allah. Sekian. Wallahu'alam.
Posted By: Sauron

Dunia | Sepohon Yang Rendang

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates