Sunday 25 November 2012

Mazmumah | Pengumpat...

Assalamualaikum....
Kesilapan atau keterlanjuran terhadap manusia sekeliling merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, bak kata orang "setiap manusia tidak akan lari daripada kesilapan".

Terdapat sesetengah manusia yang sangat sensitif akan menganggap perkara yg kecil seperti mencubit sedikit sebagai suatu perkara yang besar seperti menumbuk di muka. Kemudian dia akan mula mencari kawan untuk diceritakan segala kesalahan orang yang mencubit ini. Kawan yang diceritakan itu seterusnya mendengar segala umpatan tersebut dan dipanjangkan berjela-jela dengan membangkit peristiwa yang telah lama berlaku dahulu. Begitulah situasi yang sering berlaku di sekolah lebih2 lagi di sekolah asrama. Selesai dengan situasi pengumpat, mari kita lihat dalil Al Quran:

"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela."
(Al-Humazah 104:1)

Dalam ayat diatas menunjukkan betapa Dia sangat benci akan orang yang mengumpat. Mari kita ingat semula peristiwa Isra' Mi'raj yang menceritakan balasan pengumpat:

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas,Rasulullah S.A.W bersabda:


"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."


Meruntuhkan Ukhwah Islamiyah

Seperti yang kita tahu bahawa pengumpat akan sentiasa mencari kesalahan kawannya sendiri atas dasar tidak puas hati atas sikapnya etc. Perkara ini akan membuatkan kawannya yang lain juga berpendapat sama seperti si pengumpat dan membesarkan kroninya. Kemudian, mereka akan memulau orang yang diumpat ini. Kesannya? Runtuh binasalah ukhwah antara mereka... Ada hadis?


Rasulullah S.A.W bersabda:
"Setiap Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya,haram hartanya,dan haram kehormatannya."
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
"Janganlah kamu sekelian dengki-mendengki,janganlah benci-membenci,janganlah menambah harga terhadap barang yang hendak dibeli oleh saudaramu,janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengah kamu dengan setengah yang lain,dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."

Nak diceritakan di sini bahawa besarnya peranan seorang yang suka mengumpat mampu memecah belahkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Macam mana nak lawan musuh orang islam iaitu syaitan dan yahudi la'natullah kalau 'civil war' tercetus dalam kalangan umat Islam? 

Tegur Bukannya Umpat

Orang mengumpat untuk menceritakan kesalahan seorang kawannya kepada kawannya yang lain. Kononnya, mereka ingin menceritakan supaya dapat mengubah kawannya yang diumpat, tapi sebenarnya tidak. Malah orang yang diumpat terasa malu dan sakit hati, bukannya terasa untuk berubah. 

Apabila ada seseorang yang melakukan kesalahan, kita perlu menegurnya dengan berhikmah, bukannya mengumpat pasalnya. Dalil Allah:

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(al-Nahl 16:125).

Tegur dengan hikmah banyak caranya, iaitu tegur secara personal, bagi dalil yang melarang perkara ini, marah bila perlu ataupun hanya menunjukkan akhlak yg baik seperti membalas kejahatan dengan kebaikan:

"Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan (cara) yang lebih baik, Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan (kepada Allah)."
(Al Mu'minun 23:96)

Kesimpulannya, janganlah mengumpat kerana perbuatan itu sangat dimurkai Allah dan akan meruntuhkan ukhwah sesama islam, sebaliknya sentiasa membetulkan diri kita dan juga menegur kawan yang melakukan kesilapan dengan cara yang betul. Hadis terakhir:

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Rujukan: http://menujubidadarisyurga.blogspot.com/2011/03/dalil-dari-al-quran-dan-hadis-mengenai.html
http://komuniti.iluvislam.com/topic/26229-hikmah-dalam-memberi-teguran-bagaimanakah-caranya/
http://www.freewebs.com/pendidikanislam2/hadis.htm
Posted By: Sauron

Mazmumah | Pengumpat...

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates