Sunday 25 November 2012

Mazmumah | Pengumpat...

Assalamualaikum....
Kesilapan atau keterlanjuran terhadap manusia sekeliling merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan, bak kata orang "setiap manusia tidak akan lari daripada kesilapan".

Terdapat sesetengah manusia yang sangat sensitif akan menganggap perkara yg kecil seperti mencubit sedikit sebagai suatu perkara yang besar seperti menumbuk di muka. Kemudian dia akan mula mencari kawan untuk diceritakan segala kesalahan orang yang mencubit ini. Kawan yang diceritakan itu seterusnya mendengar segala umpatan tersebut dan dipanjangkan berjela-jela dengan membangkit peristiwa yang telah lama berlaku dahulu. Begitulah situasi yang sering berlaku di sekolah lebih2 lagi di sekolah asrama. Selesai dengan situasi pengumpat, mari kita lihat dalil Al Quran:

"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela."
(Al-Humazah 104:1)

Dalam ayat diatas menunjukkan betapa Dia sangat benci akan orang yang mengumpat. Mari kita ingat semula peristiwa Isra' Mi'raj yang menceritakan balasan pengumpat:

Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas,Rasulullah S.A.W bersabda:


"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."


Meruntuhkan Ukhwah Islamiyah

Seperti yang kita tahu bahawa pengumpat akan sentiasa mencari kesalahan kawannya sendiri atas dasar tidak puas hati atas sikapnya etc. Perkara ini akan membuatkan kawannya yang lain juga berpendapat sama seperti si pengumpat dan membesarkan kroninya. Kemudian, mereka akan memulau orang yang diumpat ini. Kesannya? Runtuh binasalah ukhwah antara mereka... Ada hadis?


Rasulullah S.A.W bersabda:
"Setiap Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya,haram hartanya,dan haram kehormatannya."
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
"Janganlah kamu sekelian dengki-mendengki,janganlah benci-membenci,janganlah menambah harga terhadap barang yang hendak dibeli oleh saudaramu,janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengah kamu dengan setengah yang lain,dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."

Nak diceritakan di sini bahawa besarnya peranan seorang yang suka mengumpat mampu memecah belahkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Macam mana nak lawan musuh orang islam iaitu syaitan dan yahudi la'natullah kalau 'civil war' tercetus dalam kalangan umat Islam? 

Tegur Bukannya Umpat

Orang mengumpat untuk menceritakan kesalahan seorang kawannya kepada kawannya yang lain. Kononnya, mereka ingin menceritakan supaya dapat mengubah kawannya yang diumpat, tapi sebenarnya tidak. Malah orang yang diumpat terasa malu dan sakit hati, bukannya terasa untuk berubah. 

Apabila ada seseorang yang melakukan kesalahan, kita perlu menegurnya dengan berhikmah, bukannya mengumpat pasalnya. Dalil Allah:

“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” 
(al-Nahl 16:125).

Tegur dengan hikmah banyak caranya, iaitu tegur secara personal, bagi dalil yang melarang perkara ini, marah bila perlu ataupun hanya menunjukkan akhlak yg baik seperti membalas kejahatan dengan kebaikan:

"Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan (cara) yang lebih baik, Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan (kepada Allah)."
(Al Mu'minun 23:96)

Kesimpulannya, janganlah mengumpat kerana perbuatan itu sangat dimurkai Allah dan akan meruntuhkan ukhwah sesama islam, sebaliknya sentiasa membetulkan diri kita dan juga menegur kawan yang melakukan kesilapan dengan cara yang betul. Hadis terakhir:

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.
(Hadis sahih riwayat Muslim)

Rujukan: http://menujubidadarisyurga.blogspot.com/2011/03/dalil-dari-al-quran-dan-hadis-mengenai.html
http://komuniti.iluvislam.com/topic/26229-hikmah-dalam-memberi-teguran-bagaimanakah-caranya/
http://www.freewebs.com/pendidikanislam2/hadis.htm

Friday 2 November 2012

Akhirat | Remaja Bertaqwa

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kita masih dapat bernafas dan menghirup udara yang segar ini. Kali ini ana nak sambung perbincangan mengenai golongan kedua daripada tujuh golongan yang dinaungi Allah di akhirat kelak iaitu golongan REMAJA BERTAQWA. Apa yang dimaksudkan dengan remaja? Remaja ialah golongan muda dalam lingkungan umur 12 tahun hingga 18. Bagaimanakah fitrah remaja? Seperti yang kita semua tahu bahawa zaman remaja merupakan zaman keemasan di mana mereka akan menggunakan kebanyakan masa untuk berhibur dan mencuba perkara atau aktiviti baharu. Remaja juga mempunyai nafsu yang membuak-buak serta ego yang tinggi menggunung. Oleh sebab itu, dosa seorang remaja lebih kecil daripada dosa seorang atok tua. Itulah kelebihan orang remaja. Waktu remaja inilah mereka akan membina ego , berlagak macho, ingin bercouple dan ingin rasa dihormati. Selesai dengan muqaddimah.

Kita bergerak kepada isu. Apakah yang dikatakan remaja bertaqwa? Remaja bertaqwa ialah remaja yang menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Seperti yang kita tahu bahawa kebanyakan perkara yang igin dicuba oleh remaja melanggar hukum Allah seperti bercouple, merokok dan berhibur berlebihan. Kes-kes sebegini lah yang sering kita dengar di sekolah. Remaja yang dikatakan Rasulullah ini ialah remaja yang berjaya mengawal hawa nafsu mereka daripada melakukan perkara yang dilarang Allah. Mereka inilah yang hidup dalam ketenangan tanpa ikhtilat malah berdakwah kepada rakan-rakannya. Tetapi, golongan sebegini juga diuji oleh Allah dalam bentuk dibenci ataupun dipinggirkan oleh masyarakat sekeliling.
Rasulullah pernah bersabda: "Beruntunglah golongan yang asing". Hadis ini bermaksud janganlah antum bersedih jika antum dibenci kerana membuat perkara yang betul kerana syurga menanti antum di akhirat kelak.

Terdapat sebuah kisah mengenai dua orang remaja yang mempunyai semangat jihad yang tinggi...

Ketika di medan Perang Badar, Abdurrahman bin Auf didatangi dua orang remaja dari kaum Anshar, iaitu Muaz bin Amr Al-Jamuh dan Muawwiz bin Afra. Masing-masing berumur 14 tahun dan 13 tahun. Kedua duanya datang memikul sebilah pedang. Kedua-dua remaja tersebut datang menemui sahabat besar Rasulullah ini semata-mata untuk memberitahu niat mereka untuk membunuh Abu Jahal.


Dalam keadaan hiruk-pikuk pertempuran, Abdurrahman bin Auf berteriak, “Wahai anak, kamu masih terlalu muda untuk terlibat di peperangan ini, sebaiknya engkau menjauhkan diri dari tempat ini”.

Namun, kedua-dua belia tersebut tidak berganjak malah membalas kata-kata Abdurrahman bin Auf,

“Kami mendapat izin daripada ibu dan ayah kami bagi menyertai pasukan Muhammad,” teriak Muaz.

“Saya datang ke sini hanya untuk membunuh Abu Jahal. Tunjukkan dimana dia?” Kata Muawwiz dengan penuh semangat.

Pada mulanya Abdurrahman bin Auf tidak menghiraukan kata-kata dua remaja tersebut, tetapi Muaz dan Muawwiz terus mendesaknya supaya menunjukkan di mana Abu Jahal dan bagaimana wajahnya. Melihat kesungguhan mereka, Abdurrahman bin Auf terpaksa akur.

“Saya akan tunjukkan kepada kamu di mana Abu Jahal, tetapi boleh tahu apa yang akan kamu lakukan apabila berjumpa dengannya? tanya Abdurrahman bin Auf.

“Ibu saya berpesan jangan pulang ke rumah selagi kepala Abu Jahal tidak diceraikan dari badannya,” jawab Muaz bersungguh sungguh.

“Abu Jahal menghina serta menyakiti Rasulullah, saya ingin membunuhnya,” sambung Muawwiz pula.

Abdurrahman bin Auf tersenyum mendengar kata-kata dari dua orang remaja yang berani itu. Dia berjanji akan menunjukkan Abu Jahal apabila berjumpa.


Tiba tiba seorang tentara Quraisy menyerang Abdurrahman bin Auf dari belakang. Muaz dan Muawwiz yang melihat kejadian itu segera bertindak melindunginya. Muaz dengan cepat menebas kaki tentara Quraisy tersebut sehingga menyebabkan dia tersungkur. Muawwaiz pula bertindak menikamnya hingga mati. Melihat insident tersebut, timbul rasa kagum di hati Abdurrahman bin Auf terhadap dua remaja tersebut.

“Tunjukkan kepada kami di mana Abu Jahal,” kata Muaz seolah-olah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan ketua pasukan Quraisy itu.


Tiba tiba Abdurrahman bin Auf melihat Abu Jahal sedang berada di bawah sepohon kayu yang agak rendang. Musuh Allah dan Rasul itu menunggang kuda sambil berteriak memberi kata kata semangat kepada pasukannya agar terus berjuang.

“Itulah lelaki yang kamu cari. Tetapi kamu haruslah berhati-hati kerana dia juga seorang pahlawan Quraisy”, kata Abdurrahman bin Auf.

“Terima kasih pakcik. Saya akan dapatkan dia sekarang,” ujar Muaz sambil berlari ke arah Abu Jahal.

“Saya akan membantunya membunuh lelaki yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu,” kata Muawwiz juga.

“Berhati-hati kerana dia dilindungi oleh pasukan Quraisy,” pesan Abdurrahman bin Auf. Dia sendiri tidak dapat membantu kerana sedang berhadapan dengan pulushan tentara Quraisy yang menyerangnya.


Muaz dan Muawwiz terus berlari ke arah Abu Jahal yang masih berada di atas kudanya, mereka berlari tanpa menghiraukan keselamatan mereka. Ketika itu, Abu Jahal tidak menyedari akan kedatangan dua remaja tersebut. Muaz tiba terlebih dahulu namun dia tidak dapat menebas kaki Abu Jahal. Maka, Muaz bertindak menebas kaki kanan kuda yang dinaiki Abu Jahal sehingga menyebabkan kuda tunggangan Abu Jahal jatuh tersungkur.

Abu Jahal turut sama tersungkur ke tanah. Dalam keadaan penuh amarah, Abu Jahal mencuba untuk bingkas bangun tetapi sepantas kilat Muaz menebas kaki kanan Abu Jahal sehingga putus. Muawwiz menyusul lalu memukul kepala Abu Jahal sehingga lemah longlai........
sumber: http://takusahrisau.wordpress.com/2012/05/21/kisah-dua-belia-yang-membunuh-abu-jahal-semasa-perang-badar/

Begitulah cerita bagaimana Abu Jahal tersungkur dalam genggaman tangan dua orang remaja di medan perang Badar....

Kesimpulannya, jika kita (remaja) mengambil peluang masa remaja ini untuk bertaqwa sepenuhnya kepada Allah, kita tidak akan tergolong dalam golongan orang2 yang rugi malah lebih beruntung kerana telah dijamin akan dinaungi Allah di akhirat kelak. Gunakanlah waktu remaja ini sebaik mungkin. Jangan tunggu dewasa dan berkeluarga untuk mula bertaqwa kepada Allah kerana malaikat Izrail (malaikat pencabut nyawa) boleh menjemput kita bila2 masa....

Wallahu'alam.





Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates