Wednesday 24 October 2012

Akhirat | Pemimpin Yang Adil

Presiden Mesir: Dr. Mursi
Assalamualaikum ana tujukan kepada pembaca sekalian. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah dah beritahu bahawa ada 7 golongan yang mendapat naungan Allah pada hari akhirat. Dalam warkah ini ana berminat untuk menghurai golongan 1 iaitu pemimpin yang adil.
Ana pasti semua tahu maksud pemimpin iaitu orang yang mengepalai sesebuah pentadbiran atau organisasi. Seorang pemimpin yang beragama Islam diwajibkan untuk memimpin berlandaskan Al Quran dan Hadis. Besarlah dosa pemimpin tersebut jika memimpin di luar landasan Islam. Apa kaitan Islam dengan adil(dalam hadis)?

Islam ialah agama yang mengikut fitrah manusia, Islam juga sebuah agama yang adil. Adil ialah memberi hak kepada orang yang berhak menerimanya. Contohnya, hukum hudud ialah hukuman yang setimpal dikenakan kepada pesalah mengikut kategori kesalahannya. Sama juga seperti pemerintahan yang dijalankan oleh Rasulullah sewaktu di Madinah. Dalam pentadbiran di Madinah orang Islam mendapat hak yang lebih berbanding orang kafir. Ini berlaku kerana orang Islam di Madinah mendapat kelebihan sebagai seorang Islam di bawah pentadbiran Islam.

Selesai dengan definisi. Mari kita menganalisis pentadbiran di Malaysia. Malaysia di pimpin oleh orang Islam. Adakah mereka menjalankan pentadbiran Islam? Anda sendiri tahu jawapannya iaitu tidak. Kenapa? Seperti yang kita lihat bahawa hukum hudud masih tidak dijalankan. Hak diberi mengikut bangsa bukannya agama. Sekularisme berleluasa. Terdapat golongan yang ditindas dan terdapat rasuah dalam parlimen. Penipuan dalam pilihan raya. Adakah ini negara Islam? Walaupun Islam sebagai agama rasmi, pentadbiran perlu juga 'diislamkan' bukannya memisahkan pentadbiran dan masjid. 
Cukup menganalisis negara kini kita lihat dunia. Ana tertarik untuk berbincang mengenai Syria yang pernah dipimpin oleh Hafez Al Asad dan sekarang dipimpin oleh anaknya, Bashar Al Asad. Berdasarkan buku 'Air Mata Syria' karya Riduan Mohamad Nor, M. Abdul Malik Abdul Karim dan Ahmad Ulwan Hassim, Syria lebih dahsyat berbanding Gaza apabila rakyat Syria dibunuh secara kejam oleh pemimpin Syia Nusairiyah. Pembunuhan rakyat tak bersalah telah bermula sejak 19 iaitu selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Syria telah ditinggalkan oleh Perancis di bawah pimpinan Hafez Al Asad sejak tahun 1970 sehingga hari ini. Hafez diberi kuasa untuk memilih ahli Parlimen, hakim, Ketua Majlis Tertinggi dan sebagainya sesuka hati. Hafez telah memilih hampir semua ahli-ahli pentadbiran berakidah Syiah Nusairiyah. Terdapat banyak peristiwa pembunuhan seperti di Hama yang melibatkan kanak-kanak, gadis, wanita serta bayi yang tidak bersalah. Ada yang dikelar, disembelih (bayi), dibakar rumah (ulama') dan juga ditembak secara rambang di tempat awam. Motif mereka membunuh adalah untuk menentang kebangkitan Ikhwan Muslimin atau Sunni (Ahl Sunnah Wal Jamaah).

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Dia sengaja melambatkan balasan kepada mereka hngga ke suatu hari yang terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)."

(Surah Ibrahim : Ayat 42)

Kesimpulannya, kepada generasi akan datang, ana mengajak kepada antum untuk sama-sama kita menegakkan syiar Islam dengan penuh kesabaran seperti Ikhwan Muslimin yang telah berjuang berpuluh-puluh tahun sehingga Mursi naik sebagai Presiden Mesir. Jangan biarkan kuasa dan harta mengaburi mata antum sehingga meninggalkan syiar Islam. Jikalau antum inginkan naungan Allah di akhirat, maka jadilah pemimpin yang adil. Wallahua'lam.


Posted By: Sauron

Akhirat | Pemimpin Yang Adil

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates