Wednesday 6 June 2012

Ikhtilat | Harus atau Haram?




"Assalamualaikum, apa khabar, awak?"
"Hai, tengah buat apa, awak?"

Begitulah yang selalu ditaipkan oleh si bujang kepada si dara dalam alam maya. Seperti yang kita tahu bahawa ikhtilat bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ikhtilat bukan saja berlaku di alam realiti, malah ikhtilat juga dibawa ke alam maya. Mengapa mereka suka berikhtilat di alam maya? Mereka merujuk kepada remaja suka berikhtilat di alam maya kerana mereka tidak malu untuk bersembang atau 'chatting' dengan rakan mereka yang berlainan jantina. Malah mereka juga berani meluahkan perasaan kepada yang disukainya. Tujuan utama remaja berikhtilat adalah untuk menghilangkan stres dan menghiburkan nafsu.

Terdapat pendapat ulama' yang mengatakan ikhtilat terbahagi kepada dua iaitu ikhtilat syar'i dan ikhtilat tidak syar'i. Ikhtilat syar'i ialah pergaulan bebas untuk perkara yang penting seperti hal keagamaan dan ikhtilat ini diharuskan. Ikhtilat tidak syar'i pula pergaulan bebas yang berobjektifkan bergurau senda, bertanya khabar, dan mengurat, dan bertegur sapa. Terdapat segelintir ulama' berpendapat ikhtilat tidak syar'i terbehagi kepada dua iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan. Ikhtilat tidak syar'i yang diharuskan ialah bertanyakan khabar dan kesejahteraan keluarga. Ikhtilat tidak syar'i yang diharamkan pula ialah perbualan yang menuju kepada gelak ketawa dan perkara yang remeh temeh dan yang melalaikan. Terdapat juga ulama' berpendapat ikhtilat tidak syar'i haram sama sekali.

Tadi saya memberitahu tentang hukum ikhtilat. Sekarang kita lihat pula kesan ikhtilat. Allah berfirman dalam surah al-isra':
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah al Israa’ [17:32])

Sesungguhnya ikhtilat ialah tunjang kepada penzinaan dan maksiat yang sedang berlaku di dunia akhir zaman iaitu kini. Semuanya bermula dengan berbalas comment dalam laman sosial seperti 'facebook'. Selepas itu bermulalah 'texting message personally' dan 'calling'. Di sinilah apabila perasaan seronok mula menyelubungi diri yang senang terbawa dengan nafsu. Dari situ, bermulalah 'dating' dan sebagainya. Syaitan pula mula mengawal sepenuhnya diri mereka yang dibawa kelalaian duniawi. Dalam ayat yang saya nyatakan awal tadi melarang sama sekali kita mendekati zina. Belum lagi berzina, tapi Allah telah melarang kita melakukan perbuatan sekecil 'messaging' walau dalam 'facebook' sekalipun. Renung renungkanlah wahai saudara saudari, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihatmu dimana jua kamu berada. Sekian wallahualam.

Tuesday 5 June 2012

Tawadhu' | Penawar Kalbu




Assalamualaikum. Topiknya tawadhu'? Bila kita sebut tawadhu' bermaksud merendah hati kepada Allah. Apabila kita rasa diri kita hina, lemah, miskin di mata Allah dan manusia, Insya Allah kita terhindar daripada riya' iaitu syirik kecil. Riya' wujud apabila kita melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk dan merasakan dirinya hebat daripada yang lain. Syirik kecil wujud apabila kita melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Seperti yang kita tahu bahawa syirik ialah dosa yang besar yang tidak diampun oleh Allah. Ana ada satu cerita yang nak dikongsikan:

     Pada suatu pagi yang disinar sang suria. Di dalam kelembapan hutan yang disirami embun jantan, kedinginan udara menghalang burung mencari cacing. Terdapat sebuah binaan utuh lagi sunyi dipagari tembok meninggi yang penuh dengan ranjau dan duri. Bangunan tersebut digunakan sebagai pusat latihan samurai atau lebih dikenali sebagai 'dojo'. Benda bulat yang bercahaya terang atau matahari mula menyinari hutan yang tenang. Hutan yang tenang itu pun berubah apabila bunyi bilahan pedang dan panahan 'arrow' mula mengisi ruangan hutan. Di dalam dojo tersebut, seorang mahaguru samurai sedang melatih anak-anak muridnya menggunakan pedang dan memanah. Tiba-tiba, seorang lelaki yang berbadan sasa datang ke pintu gerbang dojo. Mahaguru tersebut membuka pintu gerbang yang besar lagi berat dengan menggunakan tangannya iaitu secara manual. Lelaki asing itu dijemput masuk ke dalam bilik mahaguru. Mahaguru pun bertanyakan hajatnya ke mari. Lelaki asing itu menjawab dengan yakin bahawa dia datang ke mari untuk mengajak mahaguru samurai yang paling handal berlawan pedang dengannya. Mahaguru dengan bermaruah menyahut cabarannya yang dianggap mudah. Mereka berdua akan berlawan di tempat yang tersembunyi daripada pandangan anak-anak murid yang sedang berlatih. Mahaguru dengan bangganya menghunus pedang Katana iaitu pedang yang paling tajam di dunia. Lelaki asing itu pula menghunus pedangnya yang besar dan berkilat. Mereka pun tunduk hormat (gaya Jepun) lalu memulakan perlawanan. Lelaki asing itu menyerang dahulu dengan pukulan pasak tetapi ditangkis oleh mahaguru. Mahaguru pula menghayunkan pedang Katana ke arah rusuk lelaki asing itu tetapi berjaya dielak. Mahaguru tersebut menjuring pelipat lelaki asing itu lalu rebah ke bumi. Dalam sekelip mata, lelaki asing itu telah dikunci oleh mahaguru serta mengaku kalah. Perlawanan tersebut berakhir. Lelaki asing tersebut mengakui kekuatan dan kehandalan mahaguru tersebut dalam berlawan pedang. Dengan hormatnya, lelaki asing itu pergi meninggalkan dojo. Pada sebelah malam pula, ketika semua murid sedang tidur dengan nyenyak, bunyi geseran pada lantai kayu telah mengejutkan seorang murid. Murid tersebut menuju ke arah bunyi geseran yang menyilukan itu. Kemudian, setelah dia menuju ke arah bunyi itu, dia sedar punca bunyi yang menyilukan itu adalah daripada bilik mahagurunya. Dengan gerunnya, dia mengetuk pintu bilik mahaguru. Dia terkejut melihat mahagurunya sedang memberus lantai biliknya dengan hina dan tanpa henti. Dia bertanya kepada mahagurunya "mengapa tuan memberus lantai tanpa henti?" Mahaguru pun menjawab "saya sedang merendahkan diri saya kerana pagi tadi seorang lelaki yang sasa datang mengajak saya berlawan pedang dengannya dan saya telah mengalahkannya. Saya berasa bangga mengalahkan lelaki tersebut. Saya berbangga dengan kurniaan kekuatan yang saya miliki. Dengan memberus lantai, saya berasa hina dan lemah." Anak murid tersebut kagum dengan sikap mahagurunya yang merendah diri. -TAMAT-
 Renung-renungkanlah dan suburkanlah tawadhu' dalam lubuk kalbu kita yang kecil. Penuhkanlah hati kita dengan tawadhu' kepada Allah dan manusia.
Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates