Saturday 28 July 2012

Sirah | 14 wasiat Sultan Muhammad Al Fateh

Masih lagi terngiang ngiang dalam ingatan ana apabila ana telah tiba di makam Sultan Muhammad Al Fateh yang terletak di belakang masjid Al Fateh, terdapat lambang Uthmaniyyah yang berwarna hijau dan terdapat juga serban yang dikatakan digulung daripada kain kafan terletak diatas makam baginda. Tidak silap ana, baginda menggunakan kain kafan sebagai serban adalah untuk mengingatkan baginda tentang mati. Sesungguhnya baginda memang seorang pemimpin yang bijak. Sabda Rasulullah semasa menggali parit dalam perang khandak: "Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja, tenteranya adalah sebaik baik tentera." (Riwayat Ahmad)

 Siapakah raja yang dimaksudkan baginda? Tidak asing lagi ialah Sultan Muhammad Al Fateh. Baginda merupakan sultan ke 7 dalam empayar uthmaniyyah dan merupakan pemimpin yang telah membuka kota Constantinople pada umur 21. Semasa baginda terlantar nazak, baginda telah mewasiatkan beberapa perkara kepada puteranya iaitu:

 1. Jadilah seorang pemimpin yang adil, soleh dan penyayang.

2. Rentangkan perlindungan untuk rakyat kamu tanpa ada pilih kasih.

3. Bekerjalah demi menyebarkan ajaran islam kerana ini merupakan kewajipan seorang khalifah di muka bumi.

 4. Dahulukan urusan agama melebihi daripada urusan lain. Jangan kamu bersifat lemah dan memperlekehkan usaha menegakkan agama.

 5. Jangan kamu melantik pegawai yang tidak mengambil berat urusan agama dan tidak menjauhkan diri daripada dosa besar serta tenggelam dengan perlakuan keji.

6. Hindarilah bidaah yang menyesatkan dan orang yang mengajak kamu kepadanya.

7. Luaskan negara dengan jihad.

8. Jagalah harta baitulmal, jangan sampai membazir dengan membelanjakannya.

9. Jangan sekali-kali tanganmu mengambil harta rakyatmu kecuali yang sesuai dengan syariat Islam.

10. Pastikan mereka yang lemah mendapat jaminan kekuatan daripadamu serta berikan penghormatanmu kepada orang yang berhak.

11. Ulama ialah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jika ada seorang ulama di negara lain, ajaklah dia datang ke negara ini dan muliakan mereka dengan mencukupkan keperluannya.

 12. Berhati-hatilah dan jangan sampai kamu tertipu dengan harta bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir dari pintu-pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana agama merupakan tujuan kita, hidayah Allah ialah manhaj hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.

13. Berusahalah menjadikan agama Islam lebih tinggi kedudukannya dan hormatilah ahlinya.

14. Jangan keterlaluan dalam membelanjakan harta kerajaan dan berfoya-foya dengan kemewahan kerana itu akan menjadi punca kejatuhan sesebuah kerajaan.

 (sumber: solusi#45)

Cuba kita bandingkan pemimpin negara kita, adakah mereka mematuhi syariatullah seperti Sultan Muhammad Al Fateh? Wahai pembaca, sesungguhnya generasi kita ini yang akan menegakkan Islam pada suatu hari nanti. Semoga wasiat Sultan Muhammad Al Fateh ini dapat mencetus semangat Jihad kita semua. Insya Allah Wallahualam.
Posted By: Sauron

Sirah | 14 wasiat Sultan Muhammad Al Fateh

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates