Monday 9 July 2012

Sabar | Jangan Bersedih Wahai Kawan

"Apa guna ana duduk sekolah ni tapi tak ada kawan, sering dipulau, dimalukan dan diumpat oleh kawan sebaya? Buat apa ana masuk dalam sesuatu organisasi tetapi ahli organisasi tersebut tidak berpuas hati dengan ana?" Inilah rintihan yang sering didengari oleh kita daripada rakan sebaya. Mula-mula kita lihat apakah sebab mereka tidak berpuas hati dengan kita. Jika mereka tidak berpuas hati dengan kita disebabkan kita melakukan perkara yang betul, itu bukan salah kita tetapi kita harus pandang perkara itu sebagai ujian. Jikalau kita melakukan perkara yang salah ataupun kita tidak pasti, mohonlah petunjuk dan bimbingan daripada Allah dan perbetulkan kesalahan kita.

:"Wahai saudara, jika engkau melakukan perkara yang betul, jgnlah engkau bersedih jika engkau dipinggirkan, janganlah engkau bersedih jika engkau dijadikan bahan umpatan, janganlah engkau bersedih jika engkau diburuk-burukkan atas sebab engkau melakukan perkara yang betul, Allah sentiasa bersama orang yang benar."

Dekat dunia ini, mustahil semua orang akan berpuas hati dengan kita, jadi tidak hairanlah jika orang sentiasa mencuba untuk menjatuhkan golongan yang benar ini. Apa yang kita mampu lakukan hanya bersabar dan sentiasa meminta petunjuk daripada Allah. Di akhirat sana, bukan manusia yang akan menilai kita, tetapi Allah. Di akhirat sana bukan saudara kita yang menentukan nasib kita, tetapi Yang Maha Adil. Ubahlah persepsi antum bahawa kita melakukan sesuatu kerana Allah. Teruskan bersabar kerana Allah bersama orang yang sabar.

"Maka beruntunglah golongan yang asing".
Siapakah golongan asing ini? Golongan inilah golongan baik yang sering dipulau dan dipinggirkan daripada masyarakat serta dianggap pelik. Sebagai contoh, seorang mu'min yang memakai serban dan berjubah di kawasan perumahan masyarakat yang agak cetek ilmu agamanya sentiasa dipandang serong oleh mereka dan diburuk sangkakan dengan beranggapan mu'min tersebut berlagak atau 'bajet alim'. Perkara ini juga berlaku dalam kalangan remaja di IPT mahupun di sekolah. Ingatlah wahai pembaca, kita berbuat sesuatu amal bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Kita tidak perlu mengharapkan pandangan baik daripada masyarakat untuk hidup dalam masyarakat tersebut tetapi kita memerlukan ilmu dan kemantapan akidah serta ketabahan hati untuk menghadapi ujian Allah. Janganlah kita melakukan perkara yang dilarang Allah semata-mata untuk diri kita untuk diterima oleh masyarakat. Biarkanlah penampilan kita dikatakan tidak mengikut fesyen trend sekarang, malah kita mengikut ajaran Islam iaitu sunnah Rasulullah SAW, kerana dengan mengikuti sunnah Insya Allah Rasulullah akan memberi syafa'at di akhirat kelak. Usahlah bimbang jika kita dikatakan asing kerana Rasulullah pernah bersabda: "Islam akan kembali asing."
Posted By: Sauron

Sabar | Jangan Bersedih Wahai Kawan

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

1 comment:

sara said...

Perkongsian yg cukup menarik bila diri diuji

Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates