Saturday 28 July 2012

Sirah | 14 wasiat Sultan Muhammad Al Fateh

Masih lagi terngiang ngiang dalam ingatan ana apabila ana telah tiba di makam Sultan Muhammad Al Fateh yang terletak di belakang masjid Al Fateh, terdapat lambang Uthmaniyyah yang berwarna hijau dan terdapat juga serban yang dikatakan digulung daripada kain kafan terletak diatas makam baginda. Tidak silap ana, baginda menggunakan kain kafan sebagai serban adalah untuk mengingatkan baginda tentang mati. Sesungguhnya baginda memang seorang pemimpin yang bijak. Sabda Rasulullah semasa menggali parit dalam perang khandak: "Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja, tenteranya adalah sebaik baik tentera." (Riwayat Ahmad)

 Siapakah raja yang dimaksudkan baginda? Tidak asing lagi ialah Sultan Muhammad Al Fateh. Baginda merupakan sultan ke 7 dalam empayar uthmaniyyah dan merupakan pemimpin yang telah membuka kota Constantinople pada umur 21. Semasa baginda terlantar nazak, baginda telah mewasiatkan beberapa perkara kepada puteranya iaitu:

 1. Jadilah seorang pemimpin yang adil, soleh dan penyayang.

2. Rentangkan perlindungan untuk rakyat kamu tanpa ada pilih kasih.

3. Bekerjalah demi menyebarkan ajaran islam kerana ini merupakan kewajipan seorang khalifah di muka bumi.

 4. Dahulukan urusan agama melebihi daripada urusan lain. Jangan kamu bersifat lemah dan memperlekehkan usaha menegakkan agama.

 5. Jangan kamu melantik pegawai yang tidak mengambil berat urusan agama dan tidak menjauhkan diri daripada dosa besar serta tenggelam dengan perlakuan keji.

6. Hindarilah bidaah yang menyesatkan dan orang yang mengajak kamu kepadanya.

7. Luaskan negara dengan jihad.

8. Jagalah harta baitulmal, jangan sampai membazir dengan membelanjakannya.

9. Jangan sekali-kali tanganmu mengambil harta rakyatmu kecuali yang sesuai dengan syariat Islam.

10. Pastikan mereka yang lemah mendapat jaminan kekuatan daripadamu serta berikan penghormatanmu kepada orang yang berhak.

11. Ulama ialah nadi kekuatan yang harus ada dalam negara, maka hormatilah mereka. Jika ada seorang ulama di negara lain, ajaklah dia datang ke negara ini dan muliakan mereka dengan mencukupkan keperluannya.

 12. Berhati-hatilah dan jangan sampai kamu tertipu dengan harta bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir dari pintu-pintu istanamu. Jangan sekali-kali kamu melakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam, kerana agama merupakan tujuan kita, hidayah Allah ialah manhaj hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.

13. Berusahalah menjadikan agama Islam lebih tinggi kedudukannya dan hormatilah ahlinya.

14. Jangan keterlaluan dalam membelanjakan harta kerajaan dan berfoya-foya dengan kemewahan kerana itu akan menjadi punca kejatuhan sesebuah kerajaan.

 (sumber: solusi#45)

Cuba kita bandingkan pemimpin negara kita, adakah mereka mematuhi syariatullah seperti Sultan Muhammad Al Fateh? Wahai pembaca, sesungguhnya generasi kita ini yang akan menegakkan Islam pada suatu hari nanti. Semoga wasiat Sultan Muhammad Al Fateh ini dapat mencetus semangat Jihad kita semua. Insya Allah Wallahualam.

Friday 27 July 2012

Ibadah | Solat mencegah kemungkaran?

Solat sebagai tiang agama hendaklah didirikan dalam keadaan yang sempurna, jika tidak pasti tiang tersebut runtuh bersama-sama silingnya. Apakah yang dikatakan solat yang sempurna?

Solat yang sempurna bermula daripada wudhu' yang sempurna. Wudhu' yang sempurna ialah seperti wudhu' rasulullah s.a.w. Selepas mengambil wudhu' yang sempurna, barulah kita dirikan solat yang sempurna. Solat yang sempurna ialah solat yang cukup rukunnya serta khusyu'. Allah berfirman dalam al Quran: "Beruntunglah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya." (Surah Al Mu'minun 23 : 1-2).

Apakah yang dikatakan solat yang khusyu'?
Solat yang khusyu' ialah kita menumpukan sepenuh perhatian kepada solat dan bacaan dalam solat sehinggga kita melupakan masalah kita dan tertumpu kepada Allah s.w.t.

Allah telah berjanji bahawa hambanya yang mendirikan solat yang sempurna akan mendapat keampunan dosa. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Sebaliknya, solat yang tidak sempurna tidak akan membawa kepada muslim yang baik dan kemungkaran akan terus berlaku.

Thursday 12 July 2012

Syukur | Golongan yang sedikit

"Ya Allah, golongkanlah aku dalam golongan yang sedikit."
"Golongan yang sedikit inilah golongan yang bersyukur kepada Allah."

Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam warkah ini di mana ana akan berkongsi sedikit ilmu mengenai syukur.
Apa itu syukur?
Syukur ialah berterima kasih. Terdapat pelbagai cara untuk mensyukuri nikmat Allah, antaranya ialah dengan mengucapkan 'Alhamdulillah' yang bermaksud 'Segala puji bagi Allah'. Seperti firman Allah:
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."(Surah Ad-Dhuha 93:11).
Ayat ini bermaksud kita perlulah bersyukur dengan menyebut-nyebut tentang nikmat yang Allah berikan kepada kita. Tetapi, adalah menjadi satu kesalahan apabila kita menyebut-nyebut nikmat yang kita peroleh dengan mengatakan bahawa nikmat itu datang daripada kita sendiri yakni sombong atau riya'. Apabila kita riya', maka kita telah syirik (syirik kecil) kepada Allah. Apabila kita tidak mengaku bahawa nikmat itu datang daripada Allah, kita telah mendapat kemurkaan Allah. Bagaimana rasanya apabila anta mengajar seorang murid lalu murid tersebut tidak mengaku bahawa anta gurunya? Adakah anta rasa tidak dihargai? Kalau ya, bagus sebab kita perlu menghargai setiap pemberian tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Tetapi, apabila seseorang manusia memberikan kita sesuatu, kita wajiblah bersyukur kepada Allah terlebih dahulu. Kita perlulah menyebut nikmat itu datang daripada Allah dan bukannya daripada manusia. Dua nikmat yang sering memperdayakan manusia yang disebutkan oleh Rasulullah ialah nikmat kesihatan dan masa lapang. Manusia sering terlupa untuk bersyukur dengan dua nikmat ini kerana mereka tidak sedari bahawa mereka melakukan segala aktiviti dengan tenaga yang Allah berikan serta mereka terlupa siapa yang memberikan masa lapang kepada mereka. Bak kata orang, "kita tidak akan bersyukur terhadap sesuatu selagi benda itu tidak hilang", samalah seperti sekarang kita masih berdaya membaca blog dan sebagainya, tapi bila kita mula rabun baru hendak teringatkan Allah dan menyesal kerana tidak bersyukur bila kita memperoleh nikmat itu. Alhamdulillah......

Janganlah antum menunggu nyawa antum ditarik baru hendak bersyukur....... kerana pada waktu itu pintu taubat dihentam sekeras-kerasnya. Bersyukurlah selagi mana antum menghirup seinfiniti oksigen ini.......... bersyukurlah tanpa henti, semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit ini........ Insya Allah Wallahu'alam.

Monday 9 July 2012

Sabar | Jangan Bersedih Wahai Kawan

"Apa guna ana duduk sekolah ni tapi tak ada kawan, sering dipulau, dimalukan dan diumpat oleh kawan sebaya? Buat apa ana masuk dalam sesuatu organisasi tetapi ahli organisasi tersebut tidak berpuas hati dengan ana?" Inilah rintihan yang sering didengari oleh kita daripada rakan sebaya. Mula-mula kita lihat apakah sebab mereka tidak berpuas hati dengan kita. Jika mereka tidak berpuas hati dengan kita disebabkan kita melakukan perkara yang betul, itu bukan salah kita tetapi kita harus pandang perkara itu sebagai ujian. Jikalau kita melakukan perkara yang salah ataupun kita tidak pasti, mohonlah petunjuk dan bimbingan daripada Allah dan perbetulkan kesalahan kita.

:"Wahai saudara, jika engkau melakukan perkara yang betul, jgnlah engkau bersedih jika engkau dipinggirkan, janganlah engkau bersedih jika engkau dijadikan bahan umpatan, janganlah engkau bersedih jika engkau diburuk-burukkan atas sebab engkau melakukan perkara yang betul, Allah sentiasa bersama orang yang benar."

Dekat dunia ini, mustahil semua orang akan berpuas hati dengan kita, jadi tidak hairanlah jika orang sentiasa mencuba untuk menjatuhkan golongan yang benar ini. Apa yang kita mampu lakukan hanya bersabar dan sentiasa meminta petunjuk daripada Allah. Di akhirat sana, bukan manusia yang akan menilai kita, tetapi Allah. Di akhirat sana bukan saudara kita yang menentukan nasib kita, tetapi Yang Maha Adil. Ubahlah persepsi antum bahawa kita melakukan sesuatu kerana Allah. Teruskan bersabar kerana Allah bersama orang yang sabar.

"Maka beruntunglah golongan yang asing".
Siapakah golongan asing ini? Golongan inilah golongan baik yang sering dipulau dan dipinggirkan daripada masyarakat serta dianggap pelik. Sebagai contoh, seorang mu'min yang memakai serban dan berjubah di kawasan perumahan masyarakat yang agak cetek ilmu agamanya sentiasa dipandang serong oleh mereka dan diburuk sangkakan dengan beranggapan mu'min tersebut berlagak atau 'bajet alim'. Perkara ini juga berlaku dalam kalangan remaja di IPT mahupun di sekolah. Ingatlah wahai pembaca, kita berbuat sesuatu amal bukan kerana manusia tetapi kerana Allah. Kita tidak perlu mengharapkan pandangan baik daripada masyarakat untuk hidup dalam masyarakat tersebut tetapi kita memerlukan ilmu dan kemantapan akidah serta ketabahan hati untuk menghadapi ujian Allah. Janganlah kita melakukan perkara yang dilarang Allah semata-mata untuk diri kita untuk diterima oleh masyarakat. Biarkanlah penampilan kita dikatakan tidak mengikut fesyen trend sekarang, malah kita mengikut ajaran Islam iaitu sunnah Rasulullah SAW, kerana dengan mengikuti sunnah Insya Allah Rasulullah akan memberi syafa'at di akhirat kelak. Usahlah bimbang jika kita dikatakan asing kerana Rasulullah pernah bersabda: "Islam akan kembali asing."
Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates