Tuesday 5 June 2012

Tawadhu' | Penawar Kalbu




Assalamualaikum. Topiknya tawadhu'? Bila kita sebut tawadhu' bermaksud merendah hati kepada Allah. Apabila kita rasa diri kita hina, lemah, miskin di mata Allah dan manusia, Insya Allah kita terhindar daripada riya' iaitu syirik kecil. Riya' wujud apabila kita melakukan sesuatu untuk menunjuk-nunjuk dan merasakan dirinya hebat daripada yang lain. Syirik kecil wujud apabila kita melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Seperti yang kita tahu bahawa syirik ialah dosa yang besar yang tidak diampun oleh Allah. Ana ada satu cerita yang nak dikongsikan:

     Pada suatu pagi yang disinar sang suria. Di dalam kelembapan hutan yang disirami embun jantan, kedinginan udara menghalang burung mencari cacing. Terdapat sebuah binaan utuh lagi sunyi dipagari tembok meninggi yang penuh dengan ranjau dan duri. Bangunan tersebut digunakan sebagai pusat latihan samurai atau lebih dikenali sebagai 'dojo'. Benda bulat yang bercahaya terang atau matahari mula menyinari hutan yang tenang. Hutan yang tenang itu pun berubah apabila bunyi bilahan pedang dan panahan 'arrow' mula mengisi ruangan hutan. Di dalam dojo tersebut, seorang mahaguru samurai sedang melatih anak-anak muridnya menggunakan pedang dan memanah. Tiba-tiba, seorang lelaki yang berbadan sasa datang ke pintu gerbang dojo. Mahaguru tersebut membuka pintu gerbang yang besar lagi berat dengan menggunakan tangannya iaitu secara manual. Lelaki asing itu dijemput masuk ke dalam bilik mahaguru. Mahaguru pun bertanyakan hajatnya ke mari. Lelaki asing itu menjawab dengan yakin bahawa dia datang ke mari untuk mengajak mahaguru samurai yang paling handal berlawan pedang dengannya. Mahaguru dengan bermaruah menyahut cabarannya yang dianggap mudah. Mereka berdua akan berlawan di tempat yang tersembunyi daripada pandangan anak-anak murid yang sedang berlatih. Mahaguru dengan bangganya menghunus pedang Katana iaitu pedang yang paling tajam di dunia. Lelaki asing itu pula menghunus pedangnya yang besar dan berkilat. Mereka pun tunduk hormat (gaya Jepun) lalu memulakan perlawanan. Lelaki asing itu menyerang dahulu dengan pukulan pasak tetapi ditangkis oleh mahaguru. Mahaguru pula menghayunkan pedang Katana ke arah rusuk lelaki asing itu tetapi berjaya dielak. Mahaguru tersebut menjuring pelipat lelaki asing itu lalu rebah ke bumi. Dalam sekelip mata, lelaki asing itu telah dikunci oleh mahaguru serta mengaku kalah. Perlawanan tersebut berakhir. Lelaki asing tersebut mengakui kekuatan dan kehandalan mahaguru tersebut dalam berlawan pedang. Dengan hormatnya, lelaki asing itu pergi meninggalkan dojo. Pada sebelah malam pula, ketika semua murid sedang tidur dengan nyenyak, bunyi geseran pada lantai kayu telah mengejutkan seorang murid. Murid tersebut menuju ke arah bunyi geseran yang menyilukan itu. Kemudian, setelah dia menuju ke arah bunyi itu, dia sedar punca bunyi yang menyilukan itu adalah daripada bilik mahagurunya. Dengan gerunnya, dia mengetuk pintu bilik mahaguru. Dia terkejut melihat mahagurunya sedang memberus lantai biliknya dengan hina dan tanpa henti. Dia bertanya kepada mahagurunya "mengapa tuan memberus lantai tanpa henti?" Mahaguru pun menjawab "saya sedang merendahkan diri saya kerana pagi tadi seorang lelaki yang sasa datang mengajak saya berlawan pedang dengannya dan saya telah mengalahkannya. Saya berasa bangga mengalahkan lelaki tersebut. Saya berbangga dengan kurniaan kekuatan yang saya miliki. Dengan memberus lantai, saya berasa hina dan lemah." Anak murid tersebut kagum dengan sikap mahagurunya yang merendah diri. -TAMAT-
 Renung-renungkanlah dan suburkanlah tawadhu' dalam lubuk kalbu kita yang kecil. Penuhkanlah hati kita dengan tawadhu' kepada Allah dan manusia.
Posted By: Sauron

Tawadhu' | Penawar Kalbu

Share:

Post a Comment

Facebook
Blogger

No comments:

Follow Us

About Us

Great minds ask great questions. -Leonardo Da Vinci-

A 'no' uttered from the deepest conviction is better than a 'Yes' merely uttered to please, or worse, to avoid trouble.
-Mahatma Gandhi-

Efforts and courage are not enough without purpose and direction.
-John F. Kennedy-

Advertisment

Like Us

© Agama Itu Nasihat All rights reserved | Theme Designed by Seo Blogger Templates