"Golongan yang sedikit inilah golongan yang bersyukur kepada Allah."
Alhamdulillah kita bertemu lagi dalam warkah ini di mana ana akan berkongsi sedikit ilmu mengenai syukur.
Apa itu syukur?
Syukur ialah berterima kasih. Terdapat pelbagai cara untuk mensyukuri nikmat Allah, antaranya ialah dengan mengucapkan 'Alhamdulillah' yang bermaksud 'Segala puji bagi Allah'. Seperti firman Allah:
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."(Surah Ad-Dhuha 93:11).
Ayat ini bermaksud kita perlulah bersyukur dengan menyebut-nyebut tentang nikmat yang Allah berikan kepada kita. Tetapi, adalah menjadi satu kesalahan apabila kita menyebut-nyebut nikmat yang kita peroleh dengan mengatakan bahawa nikmat itu datang daripada kita sendiri yakni sombong atau riya'. Apabila kita riya', maka kita telah syirik (syirik kecil) kepada Allah. Apabila kita tidak mengaku bahawa nikmat itu datang daripada Allah, kita telah mendapat kemurkaan Allah. Bagaimana rasanya apabila anta mengajar seorang murid lalu murid tersebut tidak mengaku bahawa anta gurunya? Adakah anta rasa tidak dihargai? Kalau ya, bagus sebab kita perlu menghargai setiap pemberian tidak kira dalam bentuk apa sekalipun. Tetapi, apabila seseorang manusia memberikan kita sesuatu, kita wajiblah bersyukur kepada Allah terlebih dahulu. Kita perlulah menyebut nikmat itu datang daripada Allah dan bukannya daripada manusia. Dua nikmat yang sering memperdayakan manusia yang disebutkan oleh Rasulullah ialah nikmat kesihatan dan masa lapang. Manusia sering terlupa untuk bersyukur dengan dua nikmat ini kerana mereka tidak sedari bahawa mereka melakukan segala aktiviti dengan tenaga yang Allah berikan serta mereka terlupa siapa yang memberikan masa lapang kepada mereka. Bak kata orang, "kita tidak akan bersyukur terhadap sesuatu selagi benda itu tidak hilang", samalah seperti sekarang kita masih berdaya membaca blog dan sebagainya, tapi bila kita mula rabun baru hendak teringatkan Allah dan menyesal kerana tidak bersyukur bila kita memperoleh nikmat itu. Alhamdulillah......Janganlah antum menunggu nyawa antum ditarik baru hendak bersyukur....... kerana pada waktu itu pintu taubat dihentam sekeras-kerasnya. Bersyukurlah selagi mana antum menghirup seinfiniti oksigen ini.......... bersyukurlah tanpa henti, semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sedikit ini........ Insya Allah Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment