Pada suatu pagi di kota Istanbul, ana, kakak ana, abang ana dan ummi bersiar-siar melihat keindahan laut Bosphorus yang penuh dengan sejarah perjuangan Sultan Muhammad Al- Fateh. Semasa melintas jalan, kakak ana ternampak seorang wanita tua yang memerlukan pertolongan untuk melintas jalan. Kakak ana terus memimpinnya melintas jalan. Setelah melintas jalan, ana bersangka buruk terhadap kakak ana bahawa dia bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Kemudian, ummi berkata kepadaku bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, selepas sesuatu peperangan, seorang askar musuh sedang tercedara parah. Seorang sahabat nampak, kemudian musuh tersebut mengucap kalimah syahadah lalu dibunuh oleh sahabat tersebut. Rasulullah bertanya kepada sahabat, "Mengapa engkau membunuh dia, wahai sahabat?" lalu dijawab oleh sahabat "Aku membunuhnya kerana dia mengucap kalimah syahadah bukan dengan ikhlas tetapi kerana hendak diselamatkan." Rasulullah pun membalas "Sesungguhnya adakah engkau mampu membelah hatinya dan melihat niatnya?" -Tamat-
Pengajaran: Jangan sesekali memandang orang yang membuat kebaikan itu tidak ikhlas atau berfikiran bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk (riya').
p/s: Kalau salah betulkan.
#Mengapakah manusia zaman sekarang memandang orang yang bersedekah sebagai orang yang bajet kaya?
#Mengapakah masyarakat memandang sahabat yang menegur kesalahan sebagai orang yang bajet baik?
#Mengapakah rakan-rakan memandang sahabatnya yang pendiam sebagai orang yang sombong? #Mengapakah mereka yang menangis itu disangkakan bersifat kanak-kanak?
•Mengapa tidak kita menyangka mereka yang sedekah itu sebagai pemurah?
•Mengapa tidak kita menyangka mereka yang menegur kesalahan orang itu sebagai mujahidin? •Mengapa tidak kita menyangka mereka yang diam itu sedang berzikir?
•Mengapa tidak kita menyangka mereka yang menangis itu sedang mendekatkan dirinya kepada Allah?
*Renung-renungkanlah wahai umat Muhammad yakni umat Akhir Zaman.
No comments:
Post a Comment